Saturday, July 25, 2015

Gaji Wakil Rakyat PAS Sertai GHB Haram, Ini Jawapan Dr Mujahid..



KALAU dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), ia membuatkan gaji wakil rakyat PAS haram, bagaimana pula dengan gaji mereka yang hanya mendiamkan diri apabila Pakatan Rakyat (PR) tumbang, soal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. 

Ahli Parlimen Parit Buntar itu, yang kini pengerusi protem GHB Pulau Pinang, menuduh kepimpinan PAS gagal mengambil berat mengenai rakyat dan gabungan pembangkang. 
Beliau bertanya, tidakkah itu bermakna gaji mereka juga haram kerana turut mendapat manfaat daripada sekutu mereka dengan PR sebelum ini.


Mujahid berkata, isu dimainkan bagi menentang GHB, yang dibentuk satu kumpulan serpihan PAS, dan surat khabar arus perdana seperti Utusan Malaysia, digunakan bagi menyerang gerakan baharu itu.

"Sesuatu yang menyedihkan apabila ada orang daripada parti, yang merupakan sebahagian PR, kini menyerang gerakan baharu ini.
"Mereka membuat kenyataan tidak logik, contohnya wakil rakyat yang menyertai GHB makan gaji haram kerana mereka menang pilihan raya atas tiket PAS.
"Saya ingin bertanya mereka, adakah gaji wakil rakyat yang gagal menjaga rakyat dan yang menyerang PR juga haram?
"Saya ingin bertanya, adakah mereka menang pilihan raya kerana PR atau hanya kerana mereka daripada PAS?" soalnya pada rumah terbuka Hari Raya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan GHB di Komtar, Pulau Pinang malam tadi.

Mujahid juga memberi contoh bagaimana beliau memenangi kerusi parlimen Parit Buntar dalam pilihan raya umum 2013 dengan memperoleh majoriti 8,000 undi. Kata Mujahid, 80 peratus daripada pengundinya adalah komuniti China, 10 peratus India dan selebihnya Melayu.

PAS mempunyai kira-kira 4,000 di Parit Buntar.

"Jika kita tolak 4,000 ahli PAS, saya masih ada majoriti 4,000 undi. Di mana saya nak letak muka kalau mereka datang jumpa saya?" katanya. (Sumber TKO, MK)

3 comments:

Anonymous said...

Sokong GHB
Pas jadi bongkak sbb presiden nya yg bongkak

Anonymous said...

Sokong pas kerana president nya ulama.. tolak GHB sbb bnyk otak udang.. keh keh keh keh

Anonymous said...

Kita sokong ulamak sbb mereka ahli agama..TAPI kita tolak ulamak sbb kebanyakkan mereka BUTA politik.
Dlm quran ada di sebut.."ULAMA' DAN UMARA"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails