Friday, July 24, 2015

Isu 'couple seat': Ini Hasil Baik Pertembungan PAS/GHP?


ADAKAH ini kesan baik dari pertembungan PAS dengan bakal GHP (Gerakan Harapan Baru?


Agenda Daily melaporkan, PAS Perak telah memalukan DAP dengan menolak gesaan parti itu agar larangan pasangan kekasih menonton wayang di pawagam menggunakan kerusi berkembar dibatalkan dan ditarik balik. 

Bagi PAS Negeri Perak arahan pihak berkuasa itu dalam isu ini releven serta tujuannya tidak lain bagi membendung gejala social dan membendung maksiat dikalangan umat lslam. Dengan itu keengganan PAS negeri itu ia dilihat satu tempelak kepada DAP Perak yang merasakan mereka masih boleh mengarah atau memaksa PAS negeri itu ikut telunjuk macam zaman dahulu-dahulu. 

Keberanian PAS negeri  dilihat lebih-lebih lagi sejak DAP memutuskan hubungan dengan PAS dan mengistiharkan Pakatan Rakyat, dimana PAS sebagai stakeholder, berkubur. Peristiwa terbaru ini, dalam  kancah hubungan DAP dan PAS bukan saja menjadi bualan paling panas di negeri ini malah menjadikan DAP bahan ketawa dikalangan umat lslam. 

Yang pasti DAP sudah tidak ada taring di Perak dalam isu-isu agama seperti berlaku dalam isu larangan pasangan lslam bukan mahram menggunakan kerusi berkembar ketika menonton wayang di pawagam. Tak salah jika umum mengira dalam isu membabitkan agama seperti hudud sebagai satu contoh, sejak PAS berpecah dengan DAP, umat lslam di Perak bersatu hati memperjuangkannya. 

Perlu juga disebut Pemuda PAS negeri juga menyokong pihak berwajib yang melarang “muslim couple” menggunakan kerusi berkembar ketika menonton di pawagam.
Ketuanya, Akmal Kamaruddin memuji tindakan sebuah pawagam di Seri Iskandar yang menguatkuasakan larangan ke atas pasangan bukan mahram menggunakan kerusi berkembar ketika menonton wayang. Isu kerusi berkembar menarik perhatian apabila Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) menarik balik arahan kepada Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar yang mahukan peraturan itu dimansuhkan. 

Dengan itu pawagam ini dilarang  membenarkan pasangan kekasih (bukan mahram)  menggunakan  'couple seat'. Turut memperjuangkan isu sama termasuklah  Mufti Perak, Tan Sri  Harussani Zakaria yang mendesak pihak berkuasa supaya operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah umat Islam. 

Untuk rekod, terdapat beberapa buah university dan IPT (termasuk swasta) seperti UTP (Universiti Technology Petronas) dan UiTM di kawasan ini. Para penuntut Melayu secara “coupling” sering menggunakan pawagam untuk “berdating”.
Hal begini menjadikan masyarakat di kawasan Perak Tengah naik bosan dan muak gelagat para remaja ini serta mahu perkara ini diberi perhatian serius. Lebih-lebih lagi ada yang bersikap tidak senonoh ketika menonton bersama-sama pasangan mereka. Ketika mengulas lanjut, Harussani  berharapa pemberian lesen untuk premis panggung wayang juga harus dipertimbang dan diambil perhatian semua majlis perbandaran.
"Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apatah lagi duduk di kerusi bersama-sama pula . . .  itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung.
"Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu," katanya.
Beliau berharap  pencegah maksiat  mengambil perhatian isu ini dan melihat tumpuan operasi bukan sahaja di panggung-panggung wayang malah banyak lagi lokasi berlainan.
"Pihak pencegahan maksiat perlu lihat bukan sahaja di panggung wayang, di mana-mana pun kalau mereka belum kahwin dan duduk berdua-duaan, tangkap sahajalah," katanya.
"Kita beria-ria habiskan wang untuk tujuan dakwah namun pihak kita sendiri yang galakkan maksiat.
"Sudahlah wayang pun tunjuk cerita beromen, orang yang tengok ini pun hendak beromen di kerusi masing-masing, saya tidak faham kenapa ini semua terjadi,"tanyanya.
Seperti biasa sedang isu ini mendapat perhatian kaum muslim, DAP di Perak (juga di tempat lain) sering dilihat membantah isu-isu yang diperjuangkan umat lslam. Dulu, isunya hudud dan penggunaan kalimah Allah, kini di Perak, isunya ialah isu kerusi berkembar pula.
Satu kenyataan media Setiausaha Politik kepada Pengerusi DAP Perak, Chong Zhemin dilapor menggesa MDPT supaya menarik balik arahan LFS di Seri Iskandar supaya tidak membenarkan pasangan kekasih menggunakan kerusi berkembar. Bosan barangkali dengan sikap double standard DAP Perak, PAS negeri membidas DAP kerana saranan dangkal ini.
Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata isunya ialah mengenai enforcement undang-undang.
“Ini kerana PAS Perak melihat isu itu sebagai satu tindakan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkenaan bagi membendung gejala sosial dan kemaksiatan di kalangan umat Islam yang perlu dipatuhi menurut hukum agama.
 DAP katanya tidak sepatutnya menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai kuasa `super power’ untuk mengarahkan pihak MDPT supaya menarik balik arahan itu yang kononnya boleh menjejaskan iklim pelaburan dan kedatangan pelancong di negeri ini.
"PAS Perak tidak menyokong tindakan DAP dalam isu ini kerana ia melibatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah menurut hukum agama yang mesti dipatuhi," katanya.
Bagi Pemuda PAS Perak tindakan pihak pengurusan pawagam LFS itu amat dipuji dan diharapkan tindakan seumpama itu dapat diikuti oleh seluruh pawagam di negeri Perak. Pihaknya menganggap tindakan melarang pasangan bukan mahram menggunakan kerusi berkembar itu merupakan satu permulaan yang amat baik kearah membendung gejala sosial dan maksiat yang boleh merosakkan akidah umat Islam.
"Kita mengharapkan tindakan larangan ini akan berterusan sehingga kearah `pawagam patuh syariah’ 100 peratus di mana pelaksanaannya meliputi disemua pagawam di seluruh negeri Perak," kata Akmal lagi.
Pihak media difahamkan arahan melarang couple bukan mahram kalangan muslim menggunakan couple seat dikeluarkan pada pertengahan 2014 lagi. Ahli Majlis Daerah Seri Iskandar, Khairul Shahril Mohamed berkata, arahan itu dikeluarkan  selepas pihak pengurusan pawagam membuat permohonan untuk membuka panggung wayang di kawasan itu.
Katanya satu kajian dan tinjauan telah dibuat oleh wakil Ahli Majlis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapatkan reaksi orang ramai, disamping meninjau beberapa pawagam sekitar Kedah dan Kelantan. Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pihak  pawagam LFS diberi tanggungjawab  memastikan agar pelanggan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Apakah ini hasil awal dari kesan baik, hasil dari pertembungan PAS lawan GHP/DAP? (IH)

Lihat sebelum ini..

15 comments:

Anonymous said...

Apa punya rumusanlah ni. DAP video stopa ali romen dlm hotel pun dia boleh bawak keluar. Pelacur diorang boleh meniaga. Arak Dap kontrol, semuanya berkenaan duit. Itu sebablah mat Sabu taat. Apalah bendul org Pas ni fikir. Mufti perak tu pegi bakar quran banyak2 pun silap2 kena bayar. Tu yang dia bodoh lurus je pegi bakar. Kalau dia ada otak sikit mesti dia tau apa yg dia buat tu salah. Seat couple ni pun kau nak jadi hal. Dey macha korang pegi siasat berapa ramai pelacur2 freelance dan sindiket beroperasi kat Malaysia ni? Pegi check spa, hotel bajet, karoke brapa banyak lendir diorang buat duit? Mufti dan ulamak Pas takyah cakaplah agama pun dia bisneskan lagi mau cakap banyak.

Anonymous said...

Pawagan di negeri umno... diperintah umno... muftinya pro umno... so apa masalahnya... DAP memang sekular... umnopun sekular. So jika GHB dikatakan sokong DAP, apa bezanya PAS sokong UMNO? PAS tak sokong umno? Eh eh baru hari tu sokong Najib diberi peluang hingga pru14, bukan Presiden sahaja, Mursyidul Am pun joint sekali.

Apa yang penting sekarang perbincangan secara sihat tentang akhlak, moral dan ketatasusilaan rakyat Malaysia. Semua kaum, agama dan fahaman perlu duduk sekali berbincang garis panduan moral dan tatasusila di tempat awam. Akhlak, moral dan tatasusila mana yang kita nak setuju bersama, had2 pakaian di tempat awam, had2 perlakuan di tempat awam, had2 bahasa tubuh di tempat awam... ambil persetujuan bersama terhadap apa boleh dan apa tidak boleh "do & don't"... balik laksanakan pada kaum masing2 maka konflik boleh dikurangkan.

Anonymous said...

Bila kaum ulamak, umarak, ustaz, daie, PU, IM semua banyak ahli dalam pelbagai kitab2 macamana nak duk berbincang? 1 ulamak bukak 10 kitab. Lain pandangan, lain mazhab, lain imam, lain guru maka bercanggahlah pendapat dan keputusan. Ada sebuah quran mufti dgn ulamak dah habis bakar. Diorang bawak naik quran baru ustmani. Quran utsmani banyak hukum nak memerintah dan menghudud orang lain. Sampai sudahlah umat islam jadi bodoh dan kene bodoh oleh golongan tertentu.
Islam bukan ttg pakaian semata2. Kalau pakai tutup aurat berkopiah berserban tapi menipu, berzina, jual agama, makan yg haram, pecah amanah tak terbukti pun perlakuan islam seseorang. Nak cerita pasal hukum sampai kiamat tak habis.

Anonymous said...

Dari zaman nabi adam sampai skrg islam itu sempurna.. sbb tu Allah SWT sediakan syurga dan neraka.. yg ikut perintah masuk syurga tak kira ulama dan org biasa.. begitu juga dgn neraka.. berbeza pendapat adalah satu rahmat kpd umat islam bukan satu kesulitan.. tuan ibnu hasyim tolong delete komen diatas kerana mempertikai ulama dan al quran.. jgn bersyubahat dgn org begini kita tidak tahu dia islam atau kapir yg menyamar.. jazakallah

Anonymous said...

Kalau dari zaman Adam islam dah sempurna kenapa manusia melayu pengaku islam zaman hari ni perangai macam2? Islam tak salah beza pendapat pun bagus tapi menengokkan kelakuan melayu yg mengaku ulamak umarak tu yg tak tahan. Rasa diri dia je betul lagi maksum. Sampai orang takleh pertikai apa dia buat. Kau delete pun apa kau dapat?
Ana hanya pertikai the so called ulamak mufti yg bakar quran saja. Diorang pengkhianat agama. Diorang golongan penghapus pedoman agama. Memang neraka jahimlah tersedia bagi mereka. Tu pasal org munafik duduk lapisan paling bawah neraka pasal diorang pembakar dan penyala api neraka. Mungkin anta pun sama kot dalam kumpulan tu.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Sibuk 'couple seat' kat Perak terlupa pula kat Johor, Melaka, Pahang dan Kuala Lumpur. Ini semua kerja DAP dan GHB kah? Apa punya banggang kita ingat hanya Perak sahaja ada orang Islam? Kalau nak berjuang jangan setengah masak, ada tempat halal ada tempat jadi haram. Kalau DAP beriya-iya di Pulau Pinang tiada pulak. Ini maknanya isu untuk fitnah orang sahaja.

Anonymous said...

Ada lagi satu golongan ulamak yg boleh dibangkang ulamak dan pendita kitab2 hadis. Selalu buat cerita bodoh dan bukan2 pasal nabi2. Bila kita lawan crita bodoh dia karang terus dia cap kita anti hadis.
Bodoh ingat semua manusia tak boleh berfikir macam kau ke. Main telan je cerita kitab karangan manusia.

Anonymous said...

Pergi mampos dengan pas pis pus. Yg penting GHB terus bergerak TANPA menoleh ke belakang untuk maju ke hadapan. hidup GHB! hidup DAP! hidup PKR! JAHANAM pas pis pus!

Anonymous said...

Senang2 ko je jd ulamak...

Anonymous said...

Mmg ko anti hadis pun... mengaku je la

Anonymous said...

Mmg patut ko anti ulama sbb ko geng dgn kapir.. baca :

IPOH – DAP Perak menyelar tindakan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) yang mengeluarkan “nasihat” supaya pihak pengurusan pawagam di Seri Iskandar melarang pasangan Islam belum berkahwin menggunakan kerusi berkembar atau ‘couple seat’ di dalam premisnya.

Setiausaha Pemuda DAP (DAPSY) Perak, Howard Lee (gambar) menegaskan, pihak berkuasa tempatan tidak berhak untuk mengawal dan menguatkuasakan moral dan akhlak kerana tidak mempunyai peruntukan kuasa untuk berbuat demikian.

Larangan itu katanya, hanya memberi alasan untuk orang ramai terutamanya golongan muda memberontak.

“Memilih pawagam sebagai sasaran, malah menjadikan “couple seat” sebagai punca masalah sosial adalah sesuatu yang dangkal.

“Mengunjungi pawagam merupakan aktiviti berhibur biasa anak muda, walau apa pun kaum, agama dan pegangan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan laman web rasmi DAP.

Howard mengulas notis larangan oleh pengurusan pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar yang tidak membenarkan pasangan kekasih bukan mahram menggunakan kerusi berkembar atau ‘couple seat’.

Notis tersebut adalah arahan daripada pihak pengurusan pawagam atas nasihat MDPT dan telah mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut mula beroperasi.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming melalui akaun Facebooknya turut mempertikaikan larangan tersebut manakalan Setiausaha Politinya, Chong Zhemin dalam satu kenyataan mendesak larangan itu ditarik balik.

Netizen di laman sosial bagaimanapun mempersoalkan bantahan DAP dalam isu tersebut memandangkan larangan berkenaan hanya melibatkan umat Islam.

LFS merupakan satu-satunya pawagam di Seri Iskandar yang pesat membangun dan dipenuhi dengan golongan pelajar yang menuntut di beberapa pusat pengajian tinggi sekitarnya.

Mengulas lanjut, Howard menegaskan, ada banyak cara lain yang lebih munasabah untuk mengatasi gejala sosial.

“Jika “maksiat” yang dibimbangkan, mengapa larangan itu simplistik dan hanya couple seat,” soalnya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinji itu, anak muda tidak sewajarnya dilayanseperti haiwan peliharaan kerana berpendapat, setiap generasi muda punya aspirasi, cita-cita dan matlamat sendiri.

“Pihak atasan atau yang lebih tua mungkin lupa bahawa ketika mereka muda dulu, mereka juga turut berhibur bersama kawan-kawan,” tambahnya. – New Malaysian Post

Anonymous said...

Orang tanya dia pernah jumpa nabi ke tak pun dia tak boleh jawap. Lagi nak cerita pasal riwayat bukhari, abu hurairah, muslim kepala hangguk dia. Bila masa pulak Allah suruh bukhari tulis cerita pasal nabi?
Yang kau ambik semua cerita kitab yg taktau sahih ke tak. Sapa nak caya cerita dongeng kitab korang. Hadis Nabi Allah yg tulis pasal tu nabi dan rasul Dia. Korang pegi ciplak quran buat kitab sendiri sapa suruh? Nabi pun kau tak kenal lagi nak buat cerita pasal nabi.

Anonymous said...

knp umat islam nak melenting pasal couple seat ni??? ajaran islam mana yg menggalakkan umat islam menonton wayang???tak kiralah sama ada menonton sorang diri..dgn keluarga atau bercouple..semua bukan dari ajaran islam..kalaulah umat islam hari ini ikut kpd ajaran islam,bkn mejadi masalah pun soal couple set ni..sepatutnya alim ulamak menegaskan islam tidak menggalakkan menonton wayang..bukannya ada hadis yg berkata...boleh menonton wayang tapi jangan bercouple..atuk mana yg ajar..setahu aku nabi ajar...JANGAN MENGHAMPIRI MAKSIAT..MAKSIAT TU BUKAN SEKADAR ZINA,MENCURI,MEROGOL..TAPI MENONTON WAYANG JUGA BOLEH MENJURUS KPD MAKSIAT KRN MELALAIKAN

Anonymous said...

Betul, selain itu memfitnah, mencerca dan memaki orang adalah maksiat, sengaja ponteng adalah maksiat, menipu adalah maksiat, pecah amanah adalah maksiat, ke London ke Jepun waktu Parlimen bersidang adalah maksiat, tidak berlaku adil adalah maksiat, memakai CAI dalam pemilihan menjurus kepada maksiat dsbnya.

Anonymous said...

asal couple seat saja dlm kepala hotak mesti utk beromen. couple seat dalam bas express tu macam mana? ini kali pertama aku dengar ulamak sibuk bukak kitab couple seat. penjual agama jenis ni ada saja idea untuk org islam sokong mereka. tu drama kat tv3 dengan watak-watak menjolok mata belakon beromen segala bagai itu kira halal ye? tv3, rtm tu semua DAP punya ye?

bila sudah habis modal dengan isu agama, hudud kembali di panaskan.statistik kes ragut dekat negeri kelantan berlaku berapa kali dalam satu jam? boleh tolong bagi tahu apa tindakan kerajaan kelantan jika hudud dilaksanakan. apakah kerajaan kelantan dapat memberi tawaran kerja kepada mereka. hang ingat orang boleh jadi kaya ka dengan meragut. hoi melayu, kalau bagi china doll percuma, pepek china juga kau jilat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails