Thursday, July 23, 2015

Kenyataan Anwar/Kit Siang Dialu-alukan Mohamad Sabu...


Gerakan Harapan Baru (GHB) mengalu-alukan kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pemimpin DAP Lim Kit Siang berhubung penubuhan permuafakatan politik baru yang lebih utuh.

Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat gerakan itu untuk menghidupkan semula gerakan kerjasama parti politik dengan NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas Pakatan Rakyat berkubur.

Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu serta ramalan harga minyak mentah yang menurun, ia sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya saing sebagai destinasi pelaburan, kata pemimpin yang lebih dikenali Mat Sabu.

Apatah lagi, katanya, negara kini berdepan dengann situasi yang sangat meresahkan dengan dakwaan skandal kewangan, kenaikan harga barang akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta krisis nilai ringgit.

"Maka bagi Harapan Baru, pembentukan muafakat baru seperti yang dinyatakan, sangat kritikal pada waktu ini, untuk memimpin kebangkitan rakyat dan anak muda dalam misi "Menyelamatkan Malaysia" dari bencana kemusnahan hasil dari kegagalan pentadbiran Umno, BN," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Dalam perutusannya, Anwar mengumumkan usaha mewujudkan pembentukan muafakat baru progresif yang merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru.

Malah, Kit Siang juga berkata, wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat ekoran PAS membuat keputusan memutuskan kerjasama politik dengan DAP dalam muktamar pada bulan lalu.

Bagaimanapun, PAS kini mengambil sikap 'tunggu dan lihat' berhubung cadangan penubuhan pakatan baru pembangkang yang akan tubuhkan tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Mohamad menyeru kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk bergerak bersama GHB untuk menyelamatkan negara.

"Pada masa sama, Harapan Baru juga mahu menyeru kepada seluruh rakyat negara ini, tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama untuk bergerak bersama kami dan muafakat baru ini bagi menyelamatkan negara ini," katanya lagi. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Semua ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. ahli pas buat solat hajat nak kekalkan Khalid tp ini bertentangan dgn muafakat PR
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails