Tuesday, July 21, 2015

Kenyataan Husam, Dr Hatta: Saya Tak Nampak Keluar Parti. -Ibnu Hasyim.

SETAKAT ini bila saya baca dua kenyataan bekas 2 pemimpin PAS ini, saya tak nampak mereka keluari parti. Ini beritanya..

SATU: Kata Husam

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Surah al-Mâidah 5/2]
Saya dijemput untuk hadir dalam perjumpaan Hari Raya pada malam ini (tadi). Saya memang bercadang untuk hadir, sekalipun penganjurnya atas nama Gerakan Harapan Baru, satu nama bagi gerakan masih di alam rahim.

Atas dua sebab:-

Pertama: Idil fitri itu sendiri adalah untuk menyambung silaturrahim. Apa salahnya kita memperkukuh silaturrahim sesama ummat?

Kedua: Saya melihat Harapan Baru sama pegangan dengan saya, juga rasanya sama pegangan dengan guru kita semua - al-marhum Tok Guru Nik Aziz -  meneruskan agenda Islah bernegara dan berkerajaan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru yang mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Ini adalah satu usaha 'al-birri' (kebajikan) dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan.

Apa lagi ada pepatah, musuh kepada musuh kita seharusnya menjadi kawan kita, kecuali kita mencari sebab menjadikan mereka musuh kita.

Sekalipun saya adalah pemimpin kecil PAS, saya melihat telur GHB (Gerakan Harapan Baru) ini perlu disantuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu dianggap 'taghut' sudah di harap menjadi kawan.

Malangnya, saya masih belum sembuh sepenuhnya sehingga saya terhalang untuk bersama.

Hasrat teramai rakyat  Malaysia khususnya anak anak muda untuk melihat perubahan bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa, penindasan dan beban ke atas rakyat jelata hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, dan segala macam kemungkaran politik, ekonomi, agama dll, tidak harus dikecewakan.
Derita rakyat adalah derita kita bersama. Harapan rakyat adalah harapan kita bersama.
Saya mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan. 'Berlumbalah kamu untuk melaksanakan kebaikan kebaikan....'
DATUK HUSAM MUSA bekas naib presiden PAS dan bekas exco kanan kerajaan negeri Kelantan. (Malaysiakini)
DUA: Kata Dr Hatta.
Bekas pengarah pilihan raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menafikan meletak jawatan dalam parti Islam itu sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar melalui laman portalnya hari ini.

Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) yang disertainya bersama pemimpin progresif dalam PAS lain yang tersingkir pada pemilihan parti awal bulan lalu, bukan bertaraf parti politik.


"Benar kami menyertai Gerakan Harapan Baru tetapi tidak ada sebarang keputusan untuk meninggalkan parti lagi," kata Dr Hatta kepada The Malaysian Insider ketika mengulas laporan dalam laman web New Straits Times hari ini.

Portal berita itu melaporkan, Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai meletakkan jawatannya dalam parti untuk menyertai GHB.
"GHB bukan sebuah parti, buat apa saya tinggalkan PAS?" soal Hatta yang turut menyertai majlis jelajah GHB yang diadakan di Kota Baru, Kelantan malam tadi.
Sedutan dari The Malaysian Insider.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setakat ini, kita tidak nampak mereka keluar parti, kritik mengkritik perkara biasa, bererti pintu rundingan masih terbuka... Biar hanya bergolak kopi, tetapi masih di dalam cawan.

7 comments:

Anonymous said...

Bodoh macam lembulah engko ni Ibnu Hasyim, dah terang lagi bersuluh,budak darjah enam pun tahu mereka ini dah keluar parti cuma tak secara rasmi sebab parti baru belum ditubuhkan lagi.

fcrew said...

Cam tu ke komen org cerdik?

Anonymous said...

Aku kata tak keluar... sebab itu bukan parti... itu suatu gerakan. Lainlah kalau dia masuk parti2 yang ada, bahkan kalau dia jadi ahli parti politik di luar negara pun rasanya tak terkuispun mana2 frasa di dalam perlembagaan PAS.

AKU NASIHATKAN ORANG KATA MEREKA KELUAR PARTI SELIDIK DENGAN TELITI DALAM BUKU PERLEMBAGAAN PAS.... ADA BANYAK LAGI BENDA YANG BOLEH UNTUK KENAKAN G18... TAPI BUANG MASA SAHAJA SEBAB 16 SEPTEMBER BUKANNYA LAMA PUN BILA LIHAT CARA PASCAI BUAT KERJA UNTUK MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAAN DAP.

Anonymous said...

Yang kau pi tanya budak darjah 6 buat apa.... kau pas darjah 6 saja ye?

IrWrWs said...

Golongan progresif mengaku mereka adalah dari golongan profesional.. tp dgn masih lagi duduk dlm parti dan dlm masa yg sama sibuk pula mengwar2kan akan tubuh parti baru.. benar2 profesional ke diaorang nih??

Anonymous said...

Golongan ug mengaku mereka ulama yang berpegang teguh kepada Islam... tapi buat kerja lebih laknat dari golongan yang dimurkai Allah dan golongan yang sesat.... adakah mereka benar2 layak dipanggil ulama dan berada di dalam parti yang dipanggil Parti ISLAM?

IrWrWs said...

Boleh bg contoh ke apa yg tak kena dgn para ulama.. adakah kerana mereka tidak mahu ikut kehendak DAP ke atau bagaimana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails