Saturday, July 25, 2015

Isu Bai'ah, Hentikan Perbincangan, Kata Dr Mujahid.

Ahli PAS Parlimen Parit Buntar itu turut berkata, baiiah yang dilakukan ahli PAS itu secara dasarnya lebih kepada soal kerja, kebajikan, politik dan dakwah.

GEORGE TOWN: Pengerusi jawatankuasa interim Gerakan Harapan Baharu (GHB) Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meminta isu sumpah bai’ah talak tiga oleh semua wakil rakyat PAS tidak diperbesarkan sebaliknya perlu dihentikan segera.

Beliau berkata, perkara itu seharusnya dibincangkan secara mendalam membabitkan individu yang berkelayakan dan bukannya dihebahkan sehingga boleh mencetuskan salah faham dan kekeliruan seterusnya memburukan imej Islam itu sendiri.

“Saya minta jangan mainlah isu bai’ah ini kerana ini ada sangkut baik dengan syariat, kalau orang awam tak tahu apa takut buruk nama Islam, apatah lagi kalau bersangkut dengan lafaz taklik, cerai tiga dan bagi saya itu kalau orang tak tahu samada terlalu esktrim, cakap atas harap ini dibicara dalam kerangka dan di kalangan mereka yang ada ilmu dalam hal tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PASMA dan GHB cawangan Pulau Pinang, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, ahli PAS Parlimen Parit Buntar itu turut berkata, bai’ah yang dilakukan ahli PAS itu secara dasarnya lebih kepada soal kerja, kebajikan, politik dan dakwah.

Sehubungan itu, beliau melihat pelanggaran sumpah janji yang dibuat ahli PAS itu  tidaklah sehingga membawa kepada gugurnya akidah mereka sebagai seorang Islam.

“Bai’ah  yg dimaksudkan ialah bai’ah utuk bekerja dalam membuat benda baik termasuk dalam kebajikan dan dakwah dan politik, maka  bai’ah  apabila terungkai kalau ada yang lebih baik daripada itu maka rungkai ia dengan membayar kafarah iaitu denda yg disebut dlm syariat Islam… walaupun itu ada pelanggaran janji tetapi ia bukanlah sampai bawa kepada gugur akidah sampai boleh mati jahiliah dan sebagainya,” kata Mujahid.

Isu sumpah bai'ah berbangkit ekoran tindakan wakil rakyat PAS menubuhkan parti GHB selepas ia kecundang dalam pemilihan pada Muktamar PAS ke-61.

Baru-baru ini, pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob telah menegaskan, perkara itu terkandung dalam lafaz bai'ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat PAS di negeri tersebut sejak 2004.

Setiap wakil rakyat PAS di Kelantan yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatiknya telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Dipercayai setiap negeri mempunyai sumpahnya masing-masing, yang paling kontroversi adalah di Kelantan dan Terengganu yang memasukkan klausa perceraian di dalam sumpah taat setia mereka. 

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam ‎cuba mengelak daripada menjawab persoalan bahawa beliau boleh dirujuk di bawah sumpah bai’ah talak tiga sekiranya keluar Pas.‎ 

Beliau hanya berpegang kepada kenyataan Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa sumpah bai'ah tidak boleh dikaitkan dalam politik.

"Saya bukan ahli agama jadi saya berpandu kepada pandangan mufti negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pasma dan Harapan Baru peringkat negeri di sini, semalam.

Terdahulu Mufti negeri, Wan Salim menegaskan sumpah bai’ah talak tiga oleh semua wakil rakyat Pas sama sekali tidak sah dan tidak seharus dikaitkan dengan politik.

Isu sumpah bai’ah berbangkit ekoran tindakan wakil rakyat Pas menubuhkan parti Harapan Baru selepas kalah dalam pemilihan pada Muktamar Pas ke-61. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails