Tuesday, July 21, 2015

Ada Katalog Pelacur Menerusi WeChat Di Sentul.. Oh, Bebasnya Zina Di Negara Umat Islam.





KUALA LUMPUR – Sindiket pelacuran kini dilihat sema­kin kreatif dan berani apabila mempromosikan khidmat seks secara terbuka dengan menggunakan aplikasi media sosial untuk mencari lelaki hidung belang.
Kegiatan haram itu dikesan bagai cendawan muncul selepas hujan apabila beberapa gambar wanita warga asing berpakaian seksi dengan aksi mengghairahkan diterima seperti katalog di telefon bimbit yang mempunyai aplikasi media sosial.
Aplikasi WeChat merupakan salah satu platform yang digunakan sindiket berkenaan untuk menyenaraikan pelacur yang boleh diakses oleh semua lapisan umur tanpa sebarang sekatan dan kawalan.
Siasatan Kosmo! mendapati, pengendali laman itu mempromosikan khidmat yang disediakan dengan meletakkan maklumat terperinci seperti lokasi tempat mereka beroperasi.
Difahamkan, pengiklanan seperti itu mampu menarik ramai pelanggan kerana bagi lelaki gila seks tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari gadis teman sosial atau ke rumah urut.
Menerusi penyamaran sebagai pelanggan, Kosmo! menghubungi seorang lelaki dipercayai bapa ayam yang dikenali sebagai Vicky.
Menurutnya, dia menjalankan aktiviti itu di sebuah hotel yang berdekatan dengan sebuah pusat beli-belah di Sentul dan pe­langgan boleh membuat pesanan wanita dari negara mana yang diingini.
“Saya sediakan wanita muda dan beroperasi 24 jam. Kamu boleh hubungi pada bila-bila masa untuk dapatkan wanita yang kamu mahu. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails