Sunday, May 03, 2015

Lagi Tanda Rakyat Tolak PM Najib. (34)

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

 E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Lagi tanda rakyat tolak Najib.  

Datuk Seri Najib Razak menerima ejekan dari beberapa orang yang hadir ketika sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak hari ini ketika beliau mengatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak diperkenalkan untuk membebankan rakyat.  

Suara itu datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis itu diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan cukai 6% itu yang dilaksanakan kerajaan sejak 1 April.  Terdahulu, perdana menteri berkata, kerajaan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sebahagian dari hasil kutipan GST bagi menambah gaji pekerja sektor awam.  

Meneruskan ucapannya, Najib menerangkan, beban yang dialami rakyat ketika ini ialah akibat aktiviti mengaut keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak bertanggungjawab atau pencatutan.  Beliau menyeru pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pencatutan dan peniaga yang tidak berhati perut yang memanipulasi GST untuk poket mereka sendiri.  

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menerima tepukan gemuruh apabila bercakap mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghapuskan tol di dua jambatan dan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna komersial dan industri di Sarawak.  

Rabu lepas, Adenan berkata, kadar baru itu akan melibatkan separuh daripada 85,200 pengguna komersial, atau kira-kira 46,000 rumah kedai, kedai runcit dan blok perdagangan, menikmati pengurangan tarif antara 15% dan 50% manakala 36% lagi, atau 30,500, akan menikmati pengurangan antara 8% dan 11%.  

Hadirin kira-kira seramai 5,000 orang itu bersorak dan bertepuk dengan kuat.  Najib berkata, keputusan Adenan itu satu contoh jelas menggambarkan Barisan Nasional, iaitu kerajaan yang penyayang.  

"Kami benar-benar mahu meningkatkan kebajikan pekerja, termasuk yang di sektor awam," katanya.  

Oleh itu, katanya, Cuepacs tidak perlu bimbang kerana beliau "responsif kepada tuntutan Cuepacs", merujuk kepada permintaan kenaikan gaji sebanyak 35% bagi penjawat awam yang berpendapatan rendah, bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.  

Perdana menteri pada sambutan itu juga memberitahu mengenai cadangan untuk satu skim faedah pengangguran negara bagi menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang hilang pekerjaan.  

Walaupun enggan mengulas lanjut lagi, Najib berkata beliau boleh menyatakan di bawah skim itu, pekerja yang diberhentikan boleh mendapat perlindungan kewangan sehingga enam bulan. – 1 Mei, 2015. (TMI)

Bukan saja The Malaysian Insider malah Free Malaysia Today juga melaporkan perkara yang sama..

KUCHING: Prime Minister Najib Abdul Razak was roundly booed by a 5,000-strong crowd in the Sarawak capital when he mentioned GST during the national-level Labour Day celebration. The trigger-off point came when he claimed that “the newly-introduced consumption tax was not aimed at burdening the people”. 

“Some of the GST collection would be used to increase salaries in the public sector,” said Najib in an obvious reference to some 800,000 civil servants reportedly drawing less than the RM 900 minimum wage rate in the peninsula.  
“I have noted Cuepacs request for an increment of 35 per cent for the lower income group.” 

The loudest boos came from the people at the back in the Borneo Convention Centre. It was clear from the reaction of the crowd at the venue that their suspicion was that the daily RM42 million GST collection would be used to pay off 1MDB’s RM42 billion debt within the next three years.  

There’s also speculation that the unpopular tax would be scrapped before the 14th General Election in 2018. Sarawak Chief Minister Adenan Satem, in contrast, received loud applause when Najib noted that “in a bid to reduce the people’s burden”, the former had “decided to abolish toll along two bridges and reduce electricity tariffs for commercial and industrial consumers”. 

Najib attributed the GST burden being experienced by the people to “profiteering activities by businessmen and not due to the 6 per cent tax itself”. He urged the relevant authorities to come down hard on such activities. 

There was no reaction when he disclosed, without getting into details, that he would launch a National Unemployment Benefit Scheme.  The scheme, to provide financial security for workers who had lost their jobs, will benefit affected workers for up to six months, Najib added. 

Maka sampailah masanya PM Najib letak jawatan segera. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails