Wednesday, May 06, 2015

Inilah Hero Penyerang Acara Anti-Islam Yang Dikenal..

AP - ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian dua lelaki ditembak mati selepas cuba menyerang satu acara anti-Islam di Garland, Texas kelmarin. 

GARLAND, Amerika Syarikat – Salah seorang lelaki yang ditembak mati ketika acara penganjuran pertan­dingan melukis karikatur Nabi Muhammad di Texas merupakan individu yang pernah dikenakan tempoh sekatan selama tiga tahun pada tahun 2011.

Dia menerima hukuman tersebut kerana menipu agen penyiasat persekutuan Amerika Syarikat (AS) selepas disyaki menyokong kumpulan jihad. Agensi berita Los Angeles Times melaporkan, kajian terhadap latar belakang kedua-dua suspek itu turut mendapati mereka merupakan rakan sebilik.

Mereka dipercayai cuba menyerang acara anti-Islam anjuran Pertubuhan Inisiatif Pertahanan Kebebasan Amerika (AFDI) dan turut dihadiri oleh ahli politik Belanda, Geert Wilders yang kerap menghina Islam. Mereka berkongsi apartmen yang sama di Phoenix, Arizona dan agensi berita CNN telah menyiarkan rakaman serbuan polis ke atas alamat rumah suspek.

Beberapa media di AS mengenal pasti kedua-dua penembak itu sebagai Elton Simpson, 31, dan Nadir Soofi, 34. Namun pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi. Rekod mahkamah yang dilaporkan AFP sebelum ini menyatakan Simpson dijatuhkan hukuman selepas terdapat bukti mengenai perbualannya dengan seseorang membincangkan tentang perjalanan ke Somalia untuk menyertai perang di negara itu.

Gabenor Texas, Greg Abbott pula dalam satu kenyataan memberitahu, siasatan terperinci akan dilakukan bagi melihat sama ada penyerang mempunyai hubungan dengan aktiviti pengganas. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sebenarnya acara anti Islam itulah yang memulakan kes ini. Mereka yang mencabar umat Islam, menghina Nabi umat Islam dengan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Mereka yang memulakan perang hina Nabi Muhammad SAW di Eropah. 



Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam

E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam 

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails