Saturday, May 09, 2015

Sah Mat Sabu Pertahan Jawatan T/Presiden PAS


Setelah teka-teki demi teka-teki, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akhirnya mengumumkan kesediaannya mempertahankan jawatan disandangnya itu.

“Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke-61 akan datang,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mohamad sebelum ini keberatan dilihat keberatan mengumumkan kesediaannya mempertahankan jawatan itu.

Beliau pada mulanya mahu mengumumkan pendiriannya selepas perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei yang dipimpinnya, sebelum ditunda selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad berkata mahu terus membantu parti dan presiden, terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, bukan Islam, NGO dan pelajar.

Beliau juga berkata PAS perlu akur bahawa lebih 60 tahun di persada politik, sokongan orang Islam kepada PAS masih bawah paras 50 peratus.

 
















“...oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipatgandakan, di samping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada bukan Islam dan rakyat awam,” katanya.

Mengakui ia kerja mencabar, Mohamad mengingat anggota PAS supaya kekal yakin, sabar dan tekun untuk meraih hasilnya.

Bekas tahanan ISA itu bakal berdepan saingan sengit tiga lagi pemimpin PAS iaitu dua Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa serta Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Tambahan lagi, walaupun tidak jelas jumlah pencalonan sebenar setakat ini, Tuan Ibrahim dipercayai jauh mendahului di depan – bukan petanda baik untuk Mohamad sebagai penyandang.

Nasib Mohamad bakal ditentukan lebih 1,000 perwakilan yang bakal bermukim bermula 1 hingga 6 Jun depan di Kuala Selangor.(MK)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails