Sunday, May 03, 2015

Siti Norhaliza, 10 Mei Sambut Hari Ibu Dengan Memasak.


SITI (kiri) bersama Erni Dekritawati (tengah) menunjukkan poster persembahan penyanyi nombor satu negara itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

HALAMAN HIBURAN
SIFAT keibuan, dengan sambutan Hari Ibu yang akan disambut pada 10 Mei ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bakal mengadakan persembahan eksklusif pada majlis Mother’s Day Miracle Night khusus untuk meraikan ibu-ibu bertuah.

Lebih menarik, pada malam gilang-gemilang itu nanti, Siti Nurhaliza bakal mempersembahkan bakat memasaknya untuk dijamu kepada tetamu yang hadir. Ketika ditanya berhubung menu yang akan dimasaknya, Siti berkata, beliau akan memasak salah satu makanan yang telah dimuat naik menerusi akaun Instagramnya.

Melihat pada akaun Instagram @ctdk, beliau memasak beberapa menu kegemarannya serta suami, Datuk Khalid Mohammed Jiwa atau lebih dikenali Datuk K. Antara menu yang dimuat naik oleh Siti ialah bebola daging bersos perang, udang bersalut nestum, kuih-muih, apam balik, pai epal dan lempeng kelapa.

“Nak tahu apa saya masak, anda kena datang pada malam itu nanti. Saya akan menyediakan satu menu istimewa buat ibu-ibu semua.
“Menunya adalah salah satu masakan yang saya letakkan di Instagram. Boleh jadi saya masak ketam telur masin, ikan patin masak tempoyak atau lain-lain menu,” ujar Siti yang akan membuat persembahan pada 15 Mei nanti.


Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami Dan Anak - Anak

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:

"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." -Abu Hurairah r.a.
(IH/Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails