Sunday, May 03, 2015

Kerana Bahan Lucah Dipenjara 5 Tahun.

Nur Fitri merupakan pelajar pintar yang mula mengikuti pengajian di United Kingdom tahun lalu.

KL: Pelajar genius matematik Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown, London pada Khamis lalu atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 gambar dan klip video lucah kanak-kanak tahun lepas.

Menurut laporan portal berita United Kingdom (UK), International Business Times, Nur Fitri telah disabitkan dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak berkenaan serta mengaku melakukan kesalahan tersebut sehingga tarikh November 2014 di mahkamah yang sama.

Nur Fitri yang ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, Barat London, tiba di UK tahun lalu untuk menyambung pelajaran di Imperial College London. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails