Friday, May 01, 2015

Hari Ini Tutup Pencalunan PAS: Presiden PAS Kekal, Timbalan Suram?


Mat Sabu Sedih

Kuala Lumpur – Peluang Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 Jun ini dilihat agak suram.

Sebelum pencalonan bagi pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat penggal 2015-2017 ditutup hari ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu itu hanya menerima lapan pencalonan daripada 134 Pas kawasan.

Berdasarkan kepada jumlah tersebut, kedudukan Mohamad dalam persaingan bagi jawatan nombor dua parti itu adalah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan 94 pencalonan yang diterima Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah juga layak bertanding untuk merebut jawatan yang disandang oleh Mohamad itu setelah menerima tiga pencalonan.

Sementara itu, jumlah 99 pencalonan yang diterima Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh diterjemahkan sebagai isyarat jelas akar umbi yang mahu beliau dikekalkan sebagai Presiden Pas.

Sekiranya berlaku pertandingan bagi jawatan berkenaan, Abdul Hadi dijangka tidak menghadapi tentangan sengit memandangkan dua lagi pemimpin Pas iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa serta bekas Naib Presiden, Ahmad Awang masing-masing hanya menerima lapan dan lima pencalonan.

Bagi jawatan Naib Presiden, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad mendahului dengan 79 pencalonan diikuti Mohd. Amar yang menerima 47 pencalonan manakala Salahuddin Ayub yang juga penyandang jawatan tersebut beroleh 46 pencalonan.

Pemimpin-pemimpin Pas lain yang dicalonkan untuk jawatan itu ialah Nasrudin Hassan, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Iskandar Abdul Samad, Husam, Tuan Ibrahim dan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Mohamad juga layak bertanding jawatan Naib Presiden Pas setelah menerima tiga pencalonan.

Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat dijangka membuat pengumuman rasmi tentang pencalonan dan pertandingan bagi merebut jawatan-jawatan tertinggi parti itu pada 5 Mei ini. (stv)

Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

11 comments:

Anonymous said...

TAK YAH TUNGGU MENANG PENCALUNAN LA WAK HADI WOIIII....MU MENANG TAPI TAK DA MAKNA. RAKYAT BAWAHAN TENGOK MU DAH TAH BERKREDIBILITI SEBAGAI PRESIDEN. RAKYAT BAWAHAN DIBAWAH MU BERPECAH. MU MENANG..MU MENANG SORAK SAJA....TAPI KAMPUNG TERGADAI (PAS TERGADAI DGN IDIOLOGI UG). SORRY.. NEXT ELECTION...NO MORE VOTE FOR U SELAGI MU DI ATAS

Anonymous said...

Jgn mare macai , Mmg Pas tolak perjuangan puak hang yg liberal , kalau tak puas hati pi lah lompat masuk Dap ka, Pkr ka , Mic pun ok juga sbb parti ni semua mmg kena dgn selera perjuangan hang. Depa ni tak akan bagi syafaat kat hang akhirat nanti !

Anonymous said...

Biasa la parti Pak Lebai. Mana mau orang lain melainkan geng Pak Lebai jugak. Klau tidak mana mungkin Mat Sabu dapat pencalonan sebanyak itu.Klu berani keluar pakatan bertanding sendiri la waoi geng pak lebai.

Anonymous said...

Walaupun kitab sarat kat atas unta tapi perangai (akhlak) hampeh.. cakap lain buat lain, itu munafik namanya.

Melayu Islam, Labu..Labu...

Anonymous said...

Tak sokong Hj Hadi dn tak undi PAS tak dapat syafaat?fatwa mana yg ko pakai ni..aduhai 1 lg ajaran sesat ni..makin lawak jadinya..balik belajar dulu bro..kena diri ko tu betul2..jgn bercakap kalu ilmu cuma sejengkal cuma dan gunakan akal sebaik2nya..baik diam..

Unknown said...

Tunggulah ... sudah tiba masa pas akan kantoi akibat keghairahan ust muda.

Unknown said...

Tunggulah ... sudah tiba masa pas akan kantoi akibat keghairahan ust muda.

Anonymous said...

Kalau gentelman yng x mahu cara pas skrg, boleh keluar, sokong pasma, sila umum pasma jadi parti politik yang duduk bawah ketiak Anwar. Boleh lawan pas.

Pas gentelman. x ubah pendirian pertahan hudud dari sejak tubuh sampai sekarang.

Anwar, belum tawan Msia pun dah nampak tak jujur.
Curi ahli pas.
Hina hudud.
Suruh dan biar ahlinya hina Presiden parti rakan gabungan.
Buat kerja sendiri ketepikan pas rakan gabungan.
Cuba salahguna duit selangor.
Cuba rampas S'ngor untuk isterinya.

Dan banyak lagi. Kalau begitu baik pas berjuang sendirian dari cuba diperalatkan si gelojoh Anwar. Jangan ingat pas bodoh. Orang-orang agama lebih cerdik dan hebat dari puak-puak sekular macam PKR,dan budak suruhannya.

pirrah!

Anonymous said...

Mana-mana yang kuciwa, anda dinasihat jadikan Pasma sebagai wadah perjuangan anda umtuk merampas Putrajaya. Atau pun anda terus saja masuk menyertai DAP atau PKR. Sebab matlamat perjuangan sama iaitu Putrajaya dan syariah Islam dan masa depan melayu Islam tidak perlu.

Anonymous said...

Menantu dia ahli majlis syura agak mcm ahli syurga gamaknya kot hadi boleh overide adakan pertandingan 3 penjuru walaupun dah berjanji, Islam berpegangan pada janji siapa yang khianat dulu
Nanti ada pulak yang bawa nas panjang nak tegak benabg basah, Orang islam diajar berpegang pada janji, betul tak atau ustaz ustaz bole khianat janji

Anonymous said...

Mu sorang je yg berpecah .... penjilat najis pkr dan dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails