Friday, May 01, 2015

Hudud: Bolehkah Buku Ini Satukan Pemikiran Politik PAS-UMNO?


KL: BOLEHKAH Buku ini satukan pemikiran politik PAS-UMNO? Hal Ini berikutan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini melancarkan buku berkaitan analisis pelaksanaan hudud yang disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Buku 'Pelaksanaan Hudud Di Malaysia: Satu Analisis’ setebal 177 muka surat itu adalah kompilasi kertas kerja yang dibentangkan semasa Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan sempena Program Dakwah Negara 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Hudud, PAS dan UMNO


Yang dipertuanya, Senator Datuk Asyraf Wadji Dasuki yang juga seorang pemimpin UMNO pernah disebut-sebut untuk bertanding dalam pilihan raya di Kelantan berkata buku itu sangat penting untuk memberi kefahaman kepada rakyat mengenai pelaksanaan hudud berbanding hanya bercakap berdasarkan semangat dan sentimen.

"Rata-rata masyarakat berhujah mengenai hudud berasaskan emosi dan sentimen berbanding hujah berteraskan ilmu dan fakta yang sahih," katanya selepas majlis perasmian buku itu di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Asyraf juga penyunting buku berkenaan. Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Asyraf berkata pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan muzakarah itu untuk berbincang secara konstruktif dan objektif berteraskan ilmu dan fakta mengenai perlaksanaan hudud di Malaysia.

Antara pihak yang terlibat dalam muzakarah itu termasuk alim ulama, cendekiawan, wakil parti politik dan pemimpin masyarakat. Sementara itu, Mohd Khairuddin turut menyumbang sebagai pembentang kertas kerja dalam muzakarah itu.

Hudud PKR dan DAP


Beliau, yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata sedang menimbang untuk menyerahkan buku itu kepada PKR dan DAP untuk supaya mereka lebih memahami perlaksanaan hudud.

"(Saya) hendak serah (buku ini tapi) mungkin boleh diserah sebagai satu pandangan rasmi (PAS), Insya-Allah.
"Buku ini milik YADIM bukan milik saya, (tapi) kita sebenarnya ada dalam mesyuarat bersama. Jadi kita boleh bagilah, (tapi) belum putuskan lagi sebab buku baru dapat," katanya.
 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Yang penting sekarang, hudud bukan lagi milik PAS atau milik UMNO seperti anggapan sesetengah pihak, ia adalah 'Hak Allah' yang wajib dilaksanakan oleh orang Islam tidak kira apa parti sekalipun. Orang bukan Islam boleh bernaung dan menumpang faedah darinya.  

Bolehkah buku ini membawa ke arah meqaddimah penyatukan pemikiran politik UMNO/PAS yang selama ini seolah-olah berbeda jauh? Hentikan pertikaian pendapat samada berhujah mengenai hudud 'berasaskan emosi dan sentimen' atau  hujah berteraskan 'ilmu dan fakta yang sah'. Yang penting, pelaksanaan hudud, mahu atau tidak? (IH)  

Lihat sebelum ini..  
Isu Hudud, 1 Hingga 3
Isu Hudud, 1 Hingga 3 E-Buku IH-46: Nik Abd Aziz

Isu Hudud, 1 Hingga 3 E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
Isu Hudud, 1 Hingga 3 E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

3 comments:

Unknown said...

Tahniah atas pelancaran buku tersebut.. saya kira pas x berminat langsung utk bergabung dgn umno..inilah yg sy kata dulu berkawan dgn umno hanya utk hal2 yg berfaedah demi kebaikan islam.. bukan sesekali hendak bergabung..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

jangan hanya ingat kelantan saja terengganu pun sudah patut laksanakan hukum hukum Allah jugak
peringkat negara banyak nyamuk diperingkat negeri kurang nyamuk
wajib setiap orang yang beriman menerima hukum hukum dari Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails