Thursday, April 30, 2015

Nepal: Rusuhan Perlu Dikalangan Mangsa Gempa Bumi.

BEBERAPA mangsa gempa bumi dihalang polis semasa mereka cuba menyekat lalu lintas di sebatang jalan di Kathmandu semalam. 

KATHMANDU: Rupanya, rusuhan atau demontrasi masih perlu di kalangan mangsa gempabumi. Lihat AFP melaprkan...

Polis pencegah rusuhan Nepal dikerahkan untuk mengekang kemarahan sekumpulan mangsa gempa bumi semalam ketika pasukan penyelamat bergelut dengan masa untuk mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan di Kathmandu.

Kekurangan bekalan asas dan gegaran susulan meningkatkan lagi perasaan takut dalam kalangan penduduk.
Terdesak untuk melarikan diri, beribu-ribu orang mula berhimpun dari sebelum subuh di luar stesen bas utama di Kathmandu selepas kerajaan menjanjikan perkhidmatan bas khas. Namun, apabila bas-bas itu gagal tiba, orang ramai mula berang dan bertempur dengan polis pencegah rusuhan yang dihantar untuk mengawal ketenteraman dekat bangunan Parlimen.
 

“Kami menunggu sebelum subuh. Mereka memberitahu kami bahawa sebanyak 250 buah bas akan datang tetapi kami tidak melihat satu pun,” kata seorang pelajar berusia 25 tahun, Kishor Kavre.

Selain mereka, penduduk di kawasan pedalaman yang terjejas gempa bumi turut terdesak. Mereka merayu supaya dipindahkan menggunakan helikopter yang tiba di untuk menghantar bantuan asas. Sehingga semalam, seramai 5,057 orang dilaporkan maut di Nepal akibat gempa bumi pada Sabtu lepas dengan 100 lagi mangsa terkorban di India dan China.

Sekitar 8,000 orang turut cedera, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan seramai 8 juta orang terjejas dalam bencana itu yang disifatkan terburuk dalam tempoh lapan dekad.  Antara yang maut termasuk 18 pendaki yang berada di Base Camp, Gunung Everest Mereka terbunuh dalam tragedi salji runtuh yang dicetuskan gempa berkenaan.

Mangsa yang terkorban termasuk dua warga Amerika Syarikat dan masing-masing seorang pendaki Australia serta China.  Walaupun gempa susulan mula reda, beratus-ratus ribu orang masih tidur di tempat terbuka ekoran kediaman mereka runtuh atau berada dalam keadaan tidak selamat untuk didiami.

Pada masa yang sama, satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Nepal yang terletak di pinggir Kathmandu beroperasi 24 jam bagi menerima sebilangan pesawat tentera yang membawa masuk bantuan.
Antaranya, termasuk pesawat C-17 milik Tentera Udara Diraja Britain yang membawa sebanyak 1,100 khemah dan lebih 1,700 lampu solar bersama pasukan jurutera Gurkha.

Gempa bumi itu turut menjejaskan ekonomi Nepal yang baru pulih daripada perang saudara selama sedekad dan tamat pada 2006. Beberapa pakar menganggarkan kos pembinaan semula Nepal mencecah AS$5 bilion RM17.79 bilion). – AFP 


Memang rusuhan masih perlu walaupun dalam suasana gempa bumi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails