Thursday, April 30, 2015

Fasa 2 Jelajah Dr M Serang Jatuhkan PM. Siapa Dalang? -Syed Ali (33)

Jaga-jaga gerakan peralat Dr Mahathir jatuhkan Najib - Syed Ali
SYED ALI: Jaga-jaga gerakan peralat Dr Mahathir jatuhkan Najib - Astroawani.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan? 

KL: SIAPA dalang dibelakang fasa 2 siri jelajah Dr Mahatir serang jatuhkan PM? 
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya waspada dengan gerakan pihak tertentu memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak sehingga memaksanya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

"Ini semua taktik terbaru pihak tertentu melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO dengan tujuan menghancurkan perpaduan orang Melayu di negara ini," tegasnya dalam entri blog beliau.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendedahkan terdapat pihak tertentu yang sengaja menganjurkan perhimpunan dengan mengundang Dr. Mahathir memberikan ceramah yang keseluruhannya dilihat sebagai serangan terhadap Najib.

"Saya amat kesal dengan perkembangan itu, ada laporan menyebut Dr. Mahathir telah memulakan siri jelajah fasa kedua untuk menyerang Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri," tegasnya.

Tambah beliau, gerakan sedemikian tidak memberi sebarang keuntungan kepada orang Melayu dan UMNO sebaliknya akan melebarkan lagi jurang perpecahan.

"Apa motif pihak penganjur mengadakan ceramah itu dengan menjadikan Dr. Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO," katanya.

Syed Ali mengulas laporan beberapa portal yang melaporkan Dr. Mahathir memulakan fasa kedua kempennya terhadap pentadbiran Najib melalui siri jelajah. Portal berita tersebut turut melaporkan bahawa siri jelajah itu sudah bermula Sabtu lalu apabila Dr. Mahathir hadir di sebuah dewan di Hulu Kelang. 

Siapa agaknya dalang tersebut. (IH)

5 comments:

Anonymous said...

Tak ada siapa pun dalang nya tapi rakyat nak juga tau mana perginya duit rakyat sebanyak 42 bilion tu.

Anonymous said...

Sokong anon di atas, rakyatlah dalangnya.

Anonymous said...

dalangnya ialah Syed Ali,dia lah dalang dia lah pengampu,dia lah pembodek.dia lah pengacau.kah.kah.

anak p.e raja said...

orang tengah giat kempen PRK Rompin dan Permatang Pauh Tuan Syed kita tak habis duk kempen nak jadi calun PRU 14 betul x

Anonymous said...

rakyat dah muak sgt2 dgn pengampu2 Umno spt syed Ali ni ... mcm mat maslan jgk ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails