Monday, May 04, 2015

Kerana Ini, PM Hilang Pengaruh Di Felda? (35)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

 E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


APAKAH kerana rumah PM mula hilang pengaruh di Felda?

PAS mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memberikan harga rumah yang sama kepada semua generasi kedua dan ketiga (G2 & G3) Felda sebagaimana yang diberikan kepada warga Felda di Rompin.

Tindakan memberikan harga lebih murah dan makenisma lebih baik kepada warga generasi kedua Felda di Rompin menggambarkan sememangnya warga Felda terabai selama ini. Kalau bukan kerana adanya Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, G2 dan G3 Felda di Rompin akan terus terabai. Ini membuktikan PAS membuat keputusan yang tepat untuk bertanding di Rompin kali ini.

Rungutan harga rumah yang mahal dan mekanisma yang tidak membantu G2 and G3 memiliki rumah merupakan agenda utama dalam setiap dialog dengan warga Felda.

Hakikatnya, harga rumah antara RM120,000 hingga RM140,000 seunit itu adalah di luar kemampuan golongan muda Felda di seluruh negara. Tapi hanya kerana bimbang dengan kebangkitan G2 dan G3 Felda dalam PRK Rompin kali ini, maka datangnya durian runtuh sedemikian daripada Najib.

Masalahnya ialah hanya mereka yang berada di parlimen Rompin boleh menikmati potongan RM32,500 untuk pembelian rumah secara jual-beli, dan tidak pada G2 dan G3 Felda di kawasan lain.

Yang amat dikesali ialah kenyataan Najib tidak mencerminkan sikap sebagai PM bagi semua warga Felda di tempat lain. Ia seolah-olah seperti kenyataan Pegawai Felda Wilayah sahaja kerana hanya nampak masalah di Rompin, sedangkan isu ini dibangkitkan oleh seluruh warga G2 dan G3 Felda seluruh negara.

 Warga G2 dan G3 Felda di Rompin, undilah PAS untuk kesejahteraan kawasan-kawasan Felda yang lain. Atau kawasan Felda lain terpaksa menunggu nasib untuk diadakan PRK selagi kerajaan Umno-BN memerintah, barulah keperitan mereka akan dipandang dan kawasan mereka dituruni pelbagai insentif. Inilah nilai dan harga undi anda.

Kenyataan dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS 3 Mei 2015.
(IH)

2 comments:

Anonymous said...

Jika puak2 Felda masih lagi mempercayai Najib..terpulang pd mereka..Saham Felda pun dah merudum..Harga getah rendah dipasaran..Jika tiba waktu nak PRK janji itu ini..Kenapa kat Rompin dijadikan umpan dgn harga rumah..Kami anak2 peneroka kat tempat lain mcmana..Tunggu lah kau Najib ,..Pilihan Raya kali ni kau tumbang menyembah bumi.

Anonymous said...

Jangan bimbang. DNA pak pandir dan pak kaduk masih membenih dlm darah melayu. Paling jelas kat pontian dan kemamang. Umno tetap selesa. Rompin hampir pasti cucu cicit pak pandir ngan si kaduk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails