Thursday, January 22, 2015

Ratus Ribu Muslim Chechnya Bantah C/Hebdo Hina Nabi Lagi.

Ratusan Ribu Kaum Muslimin Chechnya Turun ke Jalan Protes Majalah Charlie Hebdo 
Ratusan ribu Kaum Muslimin Chechnya Turun ke Jalan Raya Protes Majalah Charlie Hebdo

Grozny: Ratusan ribu kaum muslimin turun ke jalan raya di Negara Chechnya untuk membantah karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW di dalam sampul depan majalah Charlie Hebdo (Isnin, 19/1). 
 

Mereka menilai hal tersebut merupakan penghinaan terhadap agama Islam dan kebebasan yang tidak bermoral. Dalam aksi tersebut turut hadir pemimpin boneka Rusia di Chechnya, Ramzan Kadyrov yang ikut menyuarakan kritikannya.

Sejumlah penunjuk perasaan meneriakkan takbir serentak sambil membawa poster bertuliskan "I love my Prophet Muhammad" dalam pelbagai bahasa. Tindakan tersebut ditutup dengan suara azan yang dikumandangkan oleh seorang Muslim Chechnya melalui pembesar suara.

Perhimpunan itu merupakan respon atas terbitnya majalah penghina Nabi, Charlie Hebdo edisi terbaru yang menunjukkan karikatur Nabi Muhammad. 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya umat Islam Negara Chechnya lebih bermaruah dari sesetengah negara umat Islam yang membisu seribu bahasa walaupun Nabinya Muhammad SAW dihina, termasuk Malaysia yang mengecam pembela penghina Nabi SAW. (IH)

Lihat juga ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
 

1 comment:

mdnasiridris said...

Salam. Masih ingat kat saya. Kita pernah bertemu dan berbual panjang sewaktu di Medan Dec 2011.

Saya dan rakan2 telah pun jelajah separuh Eropah thn 2016, 2017, 2018, 2019. Next trip in sha Allah cdgn kami ke Rusia. Nak melawat penduduk Islam di sana termasuk kazan, dagestan dan grozny, chechen. Kalau tuan dapat join bagus lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails