Friday, January 23, 2015

Bekas MB Nik A/Aziz Dengar Quran, Masih Mampu Tegur Silap Bacaan.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) turut menziarahi Nik Abdul Aziz yang dirawat di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan semalam.

KOTA BHARU – Keajaiban dan kehebatan seorang bekas Menteri Besar, bekas guru agama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin pulih kesihatannya. Bukan sahaja mahu diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran setiap kali tersedar bahkan beliau masih berkemampuan menegur kesilapan bacaan.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh menerusi entri Facebook semalam memberitahu, bapanya itu kerap sedar dan bertanyakan waktu solat selain mahu telinganya sentiasa diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

“Setiap kali sedar, beliau mahu mendengar bacaan al-Quran oleh ahli keluarga. Dalam keadaannya begitu, beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap.
“Semasa saya bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya. Saya juga nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda.
“Ayahanda dalam wajah ceria menjawab, Alhamdulillah, moga kembali sihat,” katanya dalam entri laman sosial tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails