Saturday, January 24, 2015

Nik Aziz Masih Ingat Saya - Haron Din


Nik Aziz masih ingat saya - Haron Din
Haron berharap agar semua pihak terus berdoa kepada Allah SWT supaya memberi kesihatan yang baik kepada Nik Aziz.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan keadaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin stabil berbanding awal minggu lalu.

"Alhamdulillah, saya dapat menziarahi Tok Guru (Nik Aziz). Beliau dalam keadaan yang stabil.

"Lihat apa yang berlaku daripada awal, hari ini Tok Guru nampak lebih stabil," kata Haron dalam temubual ringkas bersama media di perkarangan Unit Rawatan Rapi Neuro HUSM, pada Jumaat.

Pada masa sama, Haron berkata Nik Aziz masih mengingati beliau sekaligus memberi indikasi ingatan Nik Aziz masih dalam keadaan baik. Menurut Haron, beberapa peralatan kesihatan telah ditanggalkan daripada anggota badan Nik Aziz sekaligus menunjukkan beliau memberi reaksi positif kepada rawatan yang diberikan.

Justeru, Haron berharap agar semua pihak terus berdoa kepada Allah SWT supaya memberi kesihatan yang baik kepada Nik Aziz.

Beliau sebelum itu tiba di HUSM kira-kira jam 9.50 pagi diiringi anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh serta beberapa pemimpin PAS.(astroawani.com)

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims". 
(.wikipedia.org/wiki/Nik_Abdul_Aziz_bin_Nik_Mat)

Video:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails