Tuesday, January 20, 2015

Jalan Kaki 20 Menit Kurangi Resiko Kematian. Solat 5 Waktu Pula....



PENYELIDIK dari Universiti Cambridge berkata, 'kurang bergerak' jauh lebih berbahaya berbanding dengan berat badan yang lebih.

Berdasarkan kajian yang mereka lakukan, 676 ribu kematian setiap tahun terjadi kerana kurang bergerak. Tetapi jumlah kematian akibat obesiti mencapai 337 ribu kes.

Sejumlah ahli menyatakan, jalan kaki selama 20 minit setiap hari boleh mengurangkan risiko kematian. Kajian itu juga mendedahkan, orang kurus yang jarang bersenam mempunyai risiko lebih besar mengalami masalah kesihatan.

Sementara itu, orang dengan obesiti tetapi rutin bersenam mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding yang tidak pernah bersenam. Kajian yang diterbitkan di American Journal of Clinical Nutrition ini bertujuan untuk mengetahui bahaya kurang gerak dan obesiti.

Para penyelidik meneliti lebih dari 334 ribu responden selama 12 tahun.

"Risiko terbesar (dari kematian awal) terjadi pada mereka yang jarang bergerak, dan itu konsisten dalam berat badan normal, kelebihan berat badan dan obesiti," kata salah seorang penyelidik, Prof Ulf Ekelund kepada BBC News.

Prof Ekelund, yang tinggal di Norway, melakukan sukan ski cross country dan olah raga berat selama lima jam setiap minggu. Namun, ia mengatakan berjalan cepat dapat mengubah kesihatan.

"Saya fikir orang-orang perlu mengambil kira hal ini dalam kehidupan seharian mereka. Anda boleh melakukan aktiviti fizikal selama 20 minit, seperti berjalan kaki ke tempat kerja. Hal itu lebih baik dari pada menonton televisyen, "katanya.

Penyakit yang diakibatkan dari jarang bergerak dan obesiti hampir sama, yakni penyakit jantung. Oleh itu bertuah lagi orang Islam, kerana dalam ibadat solat wajib sehari semalam lima waktu, pergerakan badan yang digerakkan sudah lebih dari 20 minit, kira-kira..


Jadi, dalam ibadat itu sendiri sudah ada kebaikan dari segi kesihatan. Belum kebaikan lain-lain lagi. Itulah keindahan Islam, maka rugilah orang tidak mengambil Islam sebagai cara hidup, atau yang sudah Islam tetapi tidak mahu malaksanakan suruh perintahNya. 

Bolehkah dikatakan solat dapat membebaskan dari penyakit jantung, kegemukan dan kurangi kematian? Apa lagi ditambah dengan solat-solat sunat.. (IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

  E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails