Sunday, January 18, 2015

Demontrasi Serang Pusat Kebudayaan P'cis. 4 Terkorban 45 Cedera.



NIAMEY, Niger – Kumpulan penunjuk perasaan menyerang pusat kebudayaan Perancis, membakar gereja dan merosakkan kedai milik orang Kristian semalam sebagai membantah penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW oleh akhbar satira Charlie Hebdo.

Akhbar mingguan itu membangkitkan kemarahan umat Islam apabila terus menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW selepas pejabat akhbar itu di­serang oleh lelaki bersenjata minggu lalu sehingga menyebabkan 12 kakitangan mati.

Pihak polis di Zinder yang merupakan bandar kedua terbesar di selatan negara itu terpaksa melepaskan gas pemedih mata apabila ratusan penduduk berkumpul sambil membakar bendera negara Perancis dan tayar jalanan.

“Penunjuk perasaan menjerit ‘Charlie adalah syaitan’ dan ‘biarkan neraka membakar mereka yang menyokong Charlie,” kata seorang pemilik kedai, Aboubacar Mamane ketika dihubungi melalui te­lefon.

Saksi-saksi pula berkata, penunjuk perasaan telah menggeledah pusat kebudayaan Perancis dan rumah-rumah pegawai polis di situ. Penunjuk perasaan bagaimanapun berarak secara aman selepas solat Jumaat di Mali, Senegal dan Mauritania yang pernah menjadi jajahan Perancis.

Penunjuk perasaan berkata, punca kemarahan mereka dicetuskan oleh penerbitan terbaharu akhbar Charlie Hebdo minggu lalu yang terus menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW meskipun menyedari bahawa punca serangan ke atas pejabat akhbar itu kerana melakukan penghinaan terhadap Islam sebelum ini. – Reuters

Peta kota Zinder, Niger. (Gambar: File Al Jazeera)
Peta kota Zinder, Niger. (Gambar: File Al Jazeera)

Zinder, Niger, 26 Rabi’ul Awwal 1436/17 Januari 2015 (MINA) , Puluhan pengunjuk rasa yang marah terhadap penerbitan karikatur Nabi Muhammad oleh majalah Perancis, Charlie Hebdo, menyerang pusat kebudayaan Perancis dan tiga gereja di kota terbesar kedua Niger.

Setidaknya empat orang – seorang polisi dan tiga warga sipil – tewas dan 45 terluka dalam kerusuhan Jumat, kantor berita AFP mengutip Menteri Dalam Negeri Niger Massaoudou Hassoumi, Al Jazeera yang dikutip Mi’raj Islamic News Agency (MINA), melaporkan Sabtu.

Kepala Pusat Kebudayaan Perancis, Kaoumi Bawa mengatakan, massa sekitar 50 orang menghancurkan pintu masuk French Centre di kota Zinder dan membakar kantin, perpustakaan dan kantor, meskipun tembakan peringatan ditembakkan oleh dua polisi penjaga.

Pihak berwenang di Zinder mengatakan, sebuah gereja Katolik dan dua gereja Protestan digeledah.
Amadou Mamane, seorang jurnalis di Zinder, menjelaskan “gelombang manusia meluapkan kemarahannya di jalan-jalan Zinder memprotes karikatur Muhammad, mereka kebanyakan pemuda”. (T/P001/P2) Mi’raj Islamic News Agency (MINA)

ASAP naik ke udara semasa orang ramai mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota Niger, Niamey kelmarin kerana membantah tindakan biadap akhbar Charlie Hebdo menyiarkan kartun Nabi Muhammad. - AFP

Lihat juga ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails