Tuesday, January 20, 2015

Ancaman Bunuh, Himpunan 'jalan kaki anti Islam' Dibatalkan

Ketua anti-Islam Jerman diancam dibunuh, reli dibatalkan
Warga Jerman ini sokong Muslim. ©2015

KUMPULAN sayap kanan anti-Islam di Jerman membatalkan acara perhimpunan lantaran mendapat ancaman dari 'pelampau'. Salah satu pemimpin kumpulan ini ingin dibunuh.


Akhbar the Daily Mail melaporkan, Isnin (19/1), kumpulan Patriotik Eropah Melawan Islamisasi di Barat (Pegida) telah melakukan perarakan selama beberapa minggu terakhir diikuti hingga 25 ribu orang. Namun polis telah membatalkan perhimpunan kali ini sebab ancaman kepada pemimpin kumpulantersebut.  


Para penunjuk perasaan berkata ancaman itu datang dari ahli kumpulan Negara Islam untuk Iraq dan Syam (ISIS). Sasaran terbaru diyakini lelaki bernama Lutz Bachmann, pengasas Pegida. Bachmann memulakan protes ke jalan dan jumlah peserta anti-Islam terus berkembang dan menjadi puluhan ribu dalam masa beberapa bulan sahaja.  

Menurut laman jejaring sosial Facebook Pegida ancaman pembunuhan sudah di depan mata. "Intimidasi ini datang dari ISIS." Pegida menulis.

Polis belum jelas siapa melakukan ancaman ini namun datang dari kicauan berbahasa Arab menyebutkan sayap kanan merupakan musuh Islam. Bandar Dresden sebagai tempat perhimpunan, terus membatalkan segera aksi '
jalan kaki anti-Islam' itu. Menurut ketua polis Dresden, Dieter Kroll, 'pelampau' sudah merancang berada di tengah-tengah peserta perarakan sebelum akhirnya menyerang mereka

Namun belum ada penjelasan pihak berkuasa yang berkeras untuk membubarkan aksi tersebut ketimbang jatuh koban. Kumpulan anti-Islam dikatakan berkembang pesat di Jerman, Canselor Angela Merkel bergabung dengan perhimpunan Pegida. "Kebencian, rasisme, dan pelampau tidak diterima di negara ini. Kita bangsa yang berdasarkan demokrasi, toleransi, dan terbuka pada dunia. Islam sebahagian dari Jerman," ujar Merkel.

Tetapi suara menghina Nabi SAW dan menyakiti penganut kebebasan beragama terus berleluasa. (IH)

Lihat juga ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails