Monday, June 09, 2014

CIA Buat Akaun Twitter Baru. Cuitan Pertama 40,000 Pengikut..


CIA baru bikin akun Twitter
Akaun Twitter CIA. ©Tweetdeck.com 

Bahagian Perisikan Luar Negera Amerika Syarikat (CIA) selama ini sudah menggunakan media sosial Facebook, Twitter dan lain-lain untuk menjadi sasaran kepentingan mereka. Kini CIA akhirnya membuat akaun rasmi di Twitter.Cuitan pertama CIA yang langsung mendapat 200 ribu pengikut di Twitter hanya dalam masa beberapa jam terdengar cukup sarkastik.  

"Kami tidak akan membantah atau membenarkan bahawa ini adalah kicauan pertama kami."Dalam masa satu jam akaun @ CIA itu sudah mendapat 40 ribu pengikut, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Russia Today, Sabtu (7/6). 

"Dengan memperluaskan jaringan dalam media sosial ini, CIA akan mampu menjangkau dan berkaitan langsung dengan orang ramai serta menyediakan maklumat berkaitan misi, sejarah, dan perkembangan lain," ujar Pengarah CIA John Brennan dalam siaran akhbar dikeluarkan semalam.

 "Kami ingin berkongsi wawasan dan ingin memastikan bahawa maklumat yang tidak bersifat rahsia tentang CIA boleh dicapai oleh warga Amerika, sesuai dengan misi keselamatan negara.

"Lembaga perisikan Amerika itu mengakui pada 2011 para intel dan pegawainya secara rutin mengintip media sosial sebagai sasaran operasi. Jurucakap CIA Jordan Caldwell berkata perlu masa berbulan-bulan untuk melobi Twitter supaya menghentikan seseorang yang sudah membuat akaun tiruan @ CIA lebih dulu. 

"Ada seseorang di luar sana yang meniru CIA melalui Twitter. Awal tahun ini kami mengajukan keberatan kepada Twitter dan mereka akhirnya memberikan akaun itu kepada kami," kata Caldwell.

(IH/Fas)

Lihat Siri CIA..

1 comment:

Anonymous said...

SORRY KOMEN XDE KENA MENGENA,TOLONG SIASAT FB MAKCIK HAJJAH SITT AL WUZARA,ANJING NI HINA ISLAM,NANTI POS APA-APA KAT BLOG NI,THANKYOU

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails