Tuesday, June 10, 2014

Cerai: Tindakan Abby Itu Wajar..


Saat bahagia Abby dan Farhan.

PETALING JAYA: Hasrat pelakon Abby Abadi yang masih menanti sinar agar dia dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  kembali rujuk terpaksa melupakan impian itu kerana ia tidak mungkin menjadi kenyataan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dalam status terbaharu Instagram miliknya berkata, sekiranya perkara itu terjadi, ia merupakan satu keajaiban kepadanya.

“Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang ‘keajaiban’ berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda,” ujarnya dalam kapsyen status berkenaan.

Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dahulu dan terkini.



Lakaran yang dibuat oleh anak Abby iaitu Marissa Dania Hakim

Sebelum ini Abby turut memuat naik rakamkan video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah. Dalam pada itu Abby berkata, Dania ada memberitahu bermimpikan bapa tirinya.

Sebaliknya Abby berkata, dia dapat rasakan Farhan lebih bahagia di luar sana dan dia tidak meletakkan apa-apa harapan lagi terhadap rumah tangga mereka. Abby juga turut mengulas lukisan yang dimuat naik dalam Instagramnya itu adalah hasil tulisan tangan anaknya dan bukan dia yang berbuat demikian untuk meraih simpati terhadap pemuda itu. Malah Abby turut menjelaskan, perkahwinannya dengan Farhan  bukanlah paksaan mana-mana pihak sebaliknya atas kehendak mereka berdua.

“Benda ni baru sangat takkan saya takde perasaan boleh lupa terus sekelip mata. Saya reda, tiada jodoh itu kuasa Dia. Saya tak pertikai pun,” ujarnya membalas komen pengikut laman sosialnya itu.

Terdahulu Muhammad Noor Farhan dilaporkan telah melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuklah salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.


Abby dan Muhammad Noor Farhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Mei lalu bagi mendengar permohonan lafaz cerai.

Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 11 Jun (esok) bagi mendengar permohonan lafaz cerai kali pertama pemuda berkenaan ketika pelakon itu hadir bagi melaporkan lafaz cerai yang dibuat kali kedua.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand. Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Muhammad Noor Farhan dan kedua bagi Abby.

Sebelum ini Abby pernah bernikah denagn pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim, 9, dan Maria Danisha Hakim yang berusia enam tahun. (mStar).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tindakan Abby itu betul dan wajar. Alhamdulillah. Kadang-kadang sesuatu yang nampak buruk itu, ada rahsia kebaikannya.  Penceraian itu adalah halal, tetapi Allah benci.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails