 
Kerajaan masih belum membuat keputusan 
sama ada pihak polis akan bertindak bagi menyelesaikan kes perebutan hak
 penjagaan dalam kes-kes melibatkan penukaran agama, kata Menteri Dalam 
Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri kelmarin berkata, 
polis sepatutnya bertindak sewajarnya untuk memastikan anak S Deepa dikembalikan kepada wanita tersebut.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Cheras hari ini.
Kenyataan terkini Zahid itu dilihat berlembut selepas pendiriannya yang 
mempertahankan keengganan polis bertindak pada April ekoran terdapat 
percanggahan keputusan antara mahkamah sivil dan syariah dalam isu itu.
Peguam Deepa, Joanne Leong sebelum ini memberitahu, Mahkamah Tinggi 
Seremban mengeluarkan arahan mengambil kembali anak itu pada 21 Mei.
Izwan melarikan kanak-kanak berusia enam tahun itu dari jagaan Deepa 
pada April lalu, dua hari selepas Mahkamah Tinggi memberi hak penjagaan 
kepada bekas isterinya itu. (MK)
 
 

No comments:
Post a Comment