Thursday, June 12, 2014

Usul Hudud Di DUN, MB S'gor Tak Mahu Ulas.

MB
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu mengulas isu ADUN Umno Selangor mahu mengusul isu hudud dalam sidang negeri minggu depan.

"Perkara ini masih belum dibangkitkan kepada saya dan dibincang bersama exco negeri lagi," katanya ringkas dalam sidang media selepas mesyuarat exco negeri di Shah Alam hari ini.

Semalam ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik dilaporkan menyerahkan usul untuk mengadakan undang-undang Hudud di negeri Selangor.

Hal itu mendapat bantahan dari DAP dan PAS Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menyatakam keraguan beliau dan menyifatkan usul itu sebagai “hanya bermain politik” kerana ia tidak dilakukan ketika lama memerintah negeri itu sebelum ini.

“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?

“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS harakahdaily semalam.

Beliau juga membangkitkan tindakan BN menolak pelaksaan hukum itu di Terengganu sebelum ini. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails