Friday, June 13, 2014

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Penulis Blog Seks

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap kepada pasangan kekasih dan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee kerana gagal memulangkan pasport kepada mahkamah. Gambar fail The Malaysian Insider.


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap kepada pasangan kekasih dan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee kerana gagal memulangkan pasport kepada mahkamah. Gambar fail The Malaysian Insider.

















Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog seks Alvin Tan selepas tertuduh gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah yang sebelum ini diberikan untuk tujuan penggambaraan di Singapura, lapor Utusan Malaysia.

Alvin dan bekas kekasihnya, Vivian Lee menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Tan dan Lee didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pada 21 April lalu, Mahkamah Rayuan menggugurkan pertuduhan mempersenda umat Islam pada bulan Ramadan terhadap Tan dan Lee kerana ia tidak terpakai kepada bukan Islam. Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohtarudin Baki juga memutuskan pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan tidak dapat dikuatkuasakan terhadap pasangan itu.

Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 26, dan Lee atau Lee May Ling, 25, sebelum itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan ke atas mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi, ketika menolak permohonan pasangan itu pada 21 November tahun lalu, memutuskan Seksyen 298A (1)(a) terpakai bagi semua kaum dan sah serta boleh dikuatkuasakan secara universal tanpa mengira kaum, etnik atau agama seseorang dan bahawa seksyen itu terpakai pada kedua-dua perayu dalam kes ini.

Dalam permohonan itu, Tan dan Lee memohon daripada Mahkamah Tinggi bagi perintah untuk mengisytiharkan Seksyen 298A tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat dikuatkuasakan ke atas mereka, dan sekalipun tuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai bagi orang Islam. – 13 Jun, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails