Tuesday, June 10, 2014

JAIPP Pula Sekat Kebumi Cina Islam?


Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menghentikan satu upacara pengebumian seorang wanita berusia 38 tahun mengikut adat Cina kerana si mati didakwa memeluk Islam, 17 tahun lalu.

Laporan The Star Online menyebut, Teoh Cheng Cheng merupakan seorang Islam dan namanya sudah ditukar menjadi Nora Teoh Abdullah.

Pihak berkuasa tersebut membawa mayat Teoh pada kira-kira jam 3.50 petang selepas berunding dengan anggota keluarga berkenaan sejak tengahari.

Teoh meninggal dunia akibat terjatuh pada hari Sabtu lalu dan dikatakan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam.

Perkembangan itu berlaku hanya seminggu selepas pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor menghentikan satu upacara perkahwainan Hindu.

Dalam kejadian di Petaling Jaya itu, JAIS turun menahan pengantin perempuan, Zarina Abdullah Majid, yang didakwa sebagai seorang penganut Islam. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails