Thursday, June 12, 2014

Ibrahim Pendek, BN Kena Belajar Darinya. -Pemuda PAS


  Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok dengan 40 Penyamun.
 
“KAMU harus belajar dari (pelakon pupular) Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok dengan 40 Penyamun.
“Buah dadu tak boleh dibuka lebih dari sekali pusingan. Kamu tipu rakyat sekali lagi dengan RM500, rakyat akan semakin membenci kamu!” kata
Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Dalam kenyataan  hari ini, Suhaizan berkata, langkah itu hanya memperbodohkan dan mempermainkan para penoreh getah. Dalam filem arahan dan lakoran Tan Sri P Ramlee itu, terdapat babak popular menunjukkan Ibrahim (yang melakonkan watak Sarjan) menipu wang orang ramai menggunakan dadu. Bagi mengelakkan perkara itu terbongkar dan disedari orang ramai, Sarjan hanya akan membuka perjudiannya itu sebanyak tiga kali sahaja.

Suhaizan berkata, langkah terbaru kerajaan itu melambangkan keterdesakan BN selepas himpunan besar-besaran di Baling yang menyatakan kemarahan penoreh ekoran menjunamnya harga getah skrap sehingga RM1.90/kg. 
Pemuda PAS hari ini menempelak langkah kerajaan mengumumkan bantuan RM500 kepada penoreh getah susulan kejatuhan harga getah yang melanda negara. Menurut dewan itu, langkah populis dan klise itu tidak akan menyelesaikan masalah itu secara tuntas untuk jangka masa panjang demi meningkatkan perbelanjaan mereka.

“Ini tidak ubah sama sekali sepertimana 'gula-gula' BR1M yang diberikan kerajaan Umno (dan) BN dalam PRU yang lalu.
“Yang kita mahukan ialah suatu dasar dan langkah afrimatif yang mampu memberikan kesan jangka panjang,” kata ketuanya Suhaizan Kaiat.

Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan RM500 kepada penoreh getah, sama seperti yang diterima pekebun kecil komoditi bagi membantu mereka susulan kejatuhan harga getah pasaran. Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan juga sedang mempertimbang mekanisme menentukan harga getah pasaran.

Beliau juga akan mencadangkan supaya kerajaan membenarkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) menentukan harga getah ladang bagi mengelakkan eksploitasi harga oleh orang tengah. (IH)


3 comments:

Anonymous said...

miker tu kena belajar macammana hidup dengan orang yg lain. tanah ni bukan berisi benih-benih sakit jiwa miker saja. buktinya catatan miker ke indonesia dikritik orang sana. sudah-sudahlah tu pemuka PAS yang meloyakan. hidup kat dunia org tak suka. bukan orang kapir je tak suka. orang sembahyang 5 waktu pun benci dengan pemuka seperti miker. mati di akhirat belum tentu dapat redha.

XUMNO said...

Anon 11:20 adalah salah seorang contoh terbaik orang2 Melayu yang tak pernah serik kena tipu dek umno.Ia serupalah dengan orang2 ramai yang mengerumi Ibrahim Pendek yang berlumba2 meletakkan taruhan walaupun terang2 petak nombor 3 tu tak ada.Orang2 melayu yang dunggu seperti Anon 11.20 dan sebangsa dengannya memang jenis bodoh tak boleh diajar bukan saja bab dunia, bab akhirat pun lingkup.

Anonymous said...

klau org umno selalu menipu..oklah klu pandai sgt bgilah idea mcamana nk selesaikan masalah selama ni yg puak macai pr dok meroyan asyik salahkan kerajaan aje..semua cakap retorik shja..isi elek..sapa yg bodohkan sapa ni sebenarnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails