Monday, March 10, 2014

Pesawat (MAS) MH370 Dibom?




PESAWAT yang meletup akibat dibom tidak akan sempat memberi apa-apa isyarat kepada pengawal trafik udara di mana-mana lapangan terbang. – Gambar hiasan

KL – HARI ini Kosmo Online melaporkan, bahawa kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup dibom di udara.

"Kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan.

"Amat mustahil juruterbang atau kru penerbangan boleh menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja.

"Sistem komunikasi canggih pesawat membolehkan juruterbang menghantar isyarat kecemasan termasuk melalui gelombang frekuensi tertentu namun jika pesawat tersebut meletup akibat bom, juruterbang atau pembantu juruterbang tidak sempat menghantar apa-apa isyarat."

Demikian menurut andaian itu yang mungkin ada kaitan dengan pasukan pencari Singapura mengesan objek mencurigakan terapung 100 kilometer selatan-barat daya pulau Tho Chu di Vietnam sewaktu unit mencari dan menyelamat negara itu dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Apa lagi bila FBI tidak menolak aspek keganasan kemungkinan berlaku dalam MH370. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) telah menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. (IH)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails