Tuesday, March 11, 2014

Karpal Didenda RM4,000 Hilang Kerusi Bukit Gelugor


Peguam kanan Karpal Singh didenda RM4,000 atas kesalahan menghasut oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hakim Azman Abdullah berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti fakta kes dan kepentingan awam, termasuk keadaan kesihatan Karpal.

Pada 21 Februari, Karpal didapati bersalah mengeluarkan kenyatan menghasut bahawa tindakan boleh diambil terhadap Sultan Perak ekoran pertukaran Mohd Nizar Jamaluddin (kiri) sebagai menteri besar pada 2009.

Seksyen 4 Akta Hasutan memperuntukkan maksimum denda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Karpal dikerumuni para penyokongnya di luar mahkamah. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014.Karpal dikerumuni para penyokongnya di luar mahkamah. - Gambar The Malaysian Insider, 11 Mac, 2014.

Ketika proses rayuan pagi tadi, peguam beliau, Gobind Singh memohon agar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau kerana kesihatan serta kedudukannya sebagai ahli Parlimen.

Peguam Gobind Singh berkata, jika beliau dijatuhkan hukuman penjara dan denda melebih RM2,000, Karpal akan kehilangan haknya sebagai ahli Parlimen. Sehubungan itu beliau mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman denda di bawah RM2,000.

Namun begitu timbalan pendakwaraya  Noorin Badaruddin berkata, hukuman yang menjadi pengajaran termasuk penjara perlu dikenakan. Katanya, tindakan Karpal telah membuka jalan kepada pihak lain untuk tidak menghormati institusi raja dan Raja-Raja Melayu.


Antaranya penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir memberikan sokongan moral kepada Karpal. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails