Tuesday, March 11, 2014

89 MP PR Boikot Sidang Parlimen Hari Ini.. Najib Jawab..


 
Kesemua 89 anggota Parlimen Pakatan Rakyat hari ini memboikot sidang Parlimen dengan tidak muncul pada hari pertama sidang Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sewaktu bangun menjawab soalan berkenaan peruntukan bantuan banjir, secara bersahaja menyeru agar kerusi-kerusi kosong MP Pakatan Rakyat diisi oleh BN selepas pilihan raya umum ke-14.

"Marilah kita berdoa agar kerusi-kerusi yang kosong ini diisi oleh BN dalam pilihan raya akan datang," kata Shahidan mengundang ketawa kecil dari rakan-rakan sekerjanya dari BN.

Pada masa sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini muncul untuk memberi jawapan lisan kepada soalan-soalan bertulis yang pada kebiasaannya dijawab timbalan-timbalan menteri kewangan atau menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi pihaknya.

Beliau kelihatan tenang menjawab soalan-soalan berkenaan langkah kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup, walaupun kebiasaannya beliau akan hadir di Parlimen untuk tujuan seperti membentangkan belanjawan negara. (MK)

2 comments:

Lina Crown said...

PM dah tau seawalnya ramai MP PR tidak hadir, jadi PM pun hadirlah dengan besar hatinya :-)

PemerhatiAnakMuda said...

sekarng dunia memerhati M'sia kesan tragedi MH370 hilang...ne org BN bangga lah bila org tgk Parlimen bersidang tanpa pembangkang...padan muka BN..sok sdrilah dan malu le ko...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails