Monday, March 10, 2014

Lawak Najib: Beli Ayam RM1 Sekor. Bijak Konon. Lain? Boleh Belah!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan orang ramai membeli belah secara bijak sebelum mengadu berhubung kenaikan harga barangan. Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian selepas membeli seekor ayam berharga RM1 hari ini.

"Saya sudah beli satu, ada 999 ekor lagi," katanya sambil tersenyum.

Beliau juga berkata, harga istimewa itu hanya terpakai terhadap 1,000 ekor ayam yang dijual di NSK Trade City, Kuala Lumpur. Bercakap dalam Majlis Pelancaran Anugerah Kedai Harga Patut 2014 di pasar raya besar di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata, sebanyak 269 premis di seluruh negara layak untuk itu.

Menurutnya lagi, ia sebahagian usaha kerajaan bagi membantu pengguna membuat keputusan bermaklumat.

“Jangan mengadu harga barang naik kerana kamu mempunyai pilihan,” katanya.

Katanya, jika membuat perbandingan, pengguna masih mampu membeli dengan harga munasabah. (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini sebuah kisah lawak PM Najib. Dia beli ayam sekor RM1. Dia suruh rakyat Malaysia beli macam dia. Konon, 'beli belah secara bijak'. Kedai itu buat tawaran hanya untuk 1,000 ekor saja. Ada 269 premis macam itu di seluruh Malaysia.

Bererti hanya 269,000 (1,000X269) yang 'boleh beli secara bijak' dari 30 juta rakyat Malaysia. Kira-kira suku juta yang 'bijak' dan dapat beli. Yang lain tidak bijak..  Boleh Belaah!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails