Wednesday, March 12, 2014

MH370: Mungkin Ada Bom/Bahan Letupan Dlm Pesawat -KPN


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (tengah) bercakap kepada media pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Mac, 2014 




Polis hari ini mengenal pasti salah seorang pemegang pasport curi Austria adalah seorang warga Iran, Pouria Nour Mohammad Mahread, 19, sewaktu dalam perjalanan ke Jerman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berdasarkan pemeriksaan mendapati Pouria Nour tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas. Pouria Nour datang ke negara ini pada 28 Februari dan keluar pada 9 Mac menaiki pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) MH370.

“Kami kenal pastinya melalui data biometrik yang diambil sewaktu pertama kali datang ke negara ini. Dia dalam pas lawatan sosial 90 hari.”
“Dia kemudiannya menuju ke Jerman,” katanya dalam satu sidang media di Sepang hari ini.
Gambar dua suspek yang menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat MH370. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Mac, 2014. 



BBC Persian hari ini melaporkan dua lelaki yang menggunakan pasport palsu untuk menaiki penerbangan MH370 dipercayai adalah rakyat Iran. Katanya, dua lelaki Iran terbabit menggunakan pasport palsu dengan tujuan berhijrah ke Jerman dan Denmark. Menurut laporan itu, seorang rakan daripada dua lelaki berkenaan mengaku menjemput mereka di Kuala Lumpur sebaik tiba dari Tehran beberapa hari sebelum berlepas ke Beijing menaiki pesawat MH370.

Khalid berkata, ibu kepada penumpang Iran itu berharap anaknya berada di Frankfurt sebaliknya mengetahui anaknya terbang menggunakan pasport curi. Pouria Nour terbang ke Frankfurt pada malam Sabtu dari Beijing. Ketika ditanya mengapa polis Malaysia begitu yakin Pouria Nour tidak terlibat dalam kegiatan keganasan, Khalid berkata, pihaknya sudah memastikan perkara itu.

Beliau mengesahkan semua yang membeli tiket menaiki pesawat MH370 yang hilang ketika penerbangan ke Beijing, awal pagi Sabtu.

“Siasatan dijalankan terhadap semua rakaman video, termasuk dengan jabatan lain dan latar belakang semua penumpang MH370.
“Siasatan kami kini berpusat kepada empat bidang termasuk masalah psikologi di kalangan penumpang dan kru serta masalah peribadi,” katanya.

Dua sudut lain yang disiasat polis adalah rampasan dan sabotaj.

 “Kami memeriksa senarai penumpang yang diberikan MAS dan bercakap kepada wakil di 14 negara. Sebagai contoh, China memberikan gambar 153 warganya yang menaiki MH370,” katanya.

Selain memeriksa profil dan latar belakang 227 penumpang MH370, polis juga menyiasat rakaman CCTV. Ketika ditanya mengapa polis tidak membuat pemeriksaan pasport kepada pihak Interpol, Khalid berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Imigresen di pintu masuk utama negara.

“Lebih 40 juta pasport curi dan hilang kini berada dalam rekod Interpol. Kami biasanya bekerjasama dengan unit risikan berdasarkan maklumat awal.
“Disebabkan kami tidak mempunyai maklumat awal tentang kehilangan pasport, tiada makluman kepada imigresen,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan bom atau bahan letupan ditempatkan dalam pesawat MH370.

“Sebagai contoh, salah seorang penumpang mungkin mempunyai insurans yang mahal sebelum menaiki MH370. Mungkin mereka mahu ahli keluarga mendapat faedah daripada kematiannya.
“Oleh sebab itulah kami mengkaji profil penumpang dengan teliti dan cuba mengaitkan apa yang berlaku,” katanya.

MH370 tidak dapat dikesan radar pada Sabtu bermula jam 1.20 pagi kemudiannya operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh 10 negara namun sehingga kini tiada sebarang petanda ditemui. - 11 Mac, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails