Wednesday, March 12, 2014

Filem Noah Diharamkan. Hina Nabi?

HALAMAN HIBURAN

Kaherah: Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan filem epik Hollywood yang mengisahkan kehidupan Nabi Nuh (AS) dengan alasan ia bercanggah dengan ajaran Islam.
“Islam melarang segala bentuk penggambaran fizikal rasul, nabi, rasul dan sahabat Rasulullah (SAW),” menurut kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.

Fatwa itu juga menyebut, filem sedemikian menyentuh sensitiviti umat Islam dan melanggar ajaran Islam. Filem lakonan Russel Crowe yang memegang watak Nabi Nuh (AS) itu menelan belanja sebanyak £75 juta (RM 412 juta), turut diharamkan oleh tiga negara Arab.

Filem kontroversi itu tidak akan ditayangkan di Qatar, Bahrain atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain dijangka turut mengharamkannya.

“Lembaga penapisan filem Qatar, Bahrain dan UAE mengesahkan pengharaman tayangan filem “Noah” di negara mereka melalui pengumuman rasmi yang dibuat minggu ini,” kata jurucakap Paramount Picture.
“Kenyataan rasmi mengenai pengharaman itu dibuat kerana filem berkenaan bertentangan dengan Islam. Kami menjangka tindakan serupa akan akan dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir, Jordan dan Kuwait,” katanya.
Foto 
BABAK-babak dalam filem Noah.

Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac. Islam melarang bentuk fizikal nabi dan rasul digambarkan secara jelas.

Tindakan menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) secara fizikal di Eropah dan Amerika Utara sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan di negara Islam. Ia turut meningkatkan ketegangan antara negara barat dan dunia Islam.

Surah Nuh di dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan daripada banjir besar namun ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati. Kisah Nabi Nuh (AS) juga diceritakan di dalam Injil.- AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails