Monday, March 10, 2014

Forum Awam Hijau: Oleh Calon PR & BN, Esok, Sg Chua 9 Mlm.


Kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau akan menganjurkan forum di Kajang semasa dalam tempoh berkempen bagi membolehkan calon Pakatan Rakyat dan BN dapat membincangkan dasar-dasar hijau mereka.

Pengerusinya Wog Tack mengumumkan acara yang dinamakan “Forum Awam Hijau” itu pada malam esok selepas penamaan calon sebagai pembuka acara untuk kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Ini acara pertama dalam pilihan raya kecil Kajang, dan kami amat berbangga menganjurkannya,” kata Wong Tack dalam sidang media hari ini.

Forum itu akan diadakan di dewan orang ramai Kampung Sungai Chua pada jam 9 malam.

Penganjur mengundang calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan calon BN Chew Mei Fun bagi menjelaskan dasar mereka kepada penduduk setempat.

Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai turut diundang menjadi rakan forum kepada kedua-dua calon bertanding. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails