Thursday, March 13, 2014

Bebomoh.. Tahyul, Khurafat, Kerja Bodoh & Tidak Waras. -Dr Mohd Asri

Bomoh Ibrahim Mat Zin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sedang berusaha membantu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370. Hari ini masuk hari kelima semanjak pesawat MH370 hilang pada Sabtu . – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014. Bomoh Ibrahim Mat Zin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sedang berusaha membantu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370. Hari ini masuk hari kelima semanjak pesawat MH370 hilang pada Sabtu . – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.
 Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  (gambar sebelah) menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.

“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.

 ia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Bernama semalam melaporkan, kehilangan MH370 mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.

Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Asri menegaskan, dalam Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana ia di luar pengetahuan manusia.

“Tiada siapa boleh buat kuasa tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima Islam.

“Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi ia bukan ajaran Islam,” katanya.

(MK)

1 comment:

nazi kelawar said...

Ulasan tentang bertentangannya kerja bomoh ini dengan akidah Islam sudah jelas, seumpama terang lagi bersuluh.Yang pentingnya sekarang kena siasat dan korek siapa yang panggil bomoh ini iaitu siapa yang bawa dan sponsored.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails