Tuesday, November 20, 2012

Tarbiah UMNO/BN, Londeh Seluar Pelajar.. Bogel.


Gambar ini hanya hiasan sahaja. Beberapa keping gambar telah tersebar di intenet memaparkan seorang pengetua sekolah di China, dari Wilayah Guangxi yang dikenali sebagai Mo Peng sedang memeluk erat seorang pelajar perempuan dalam keadaan keduanya berbogel. Penyebaran gambar itu telah menyebabkan masyarakat umum menjadi marah, walaupun di dalam negara komunis. Ertinya masyarakat bukan Islam pun marah bentuk tarbiah sistem pendidikan begini. Apa lagi dalam negara orang Islam dan dalam masyarakat bermoral.

LAPOR...Amir menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Amir menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

JOHOR BAHRU: Hanya kerana memuat naik satu klip video hasil kreativiti mereka ke laman video Youtube, 17 pelajar sebuah sekolah berasrama di sini, mendakwa dipaksa menanggalkan seluar oleh guru hingga seorang daripada mereka berbogel kerana tidak memakai seluar dalam.

Mereka turut mendakwa dipaksa melakukan tekan tubi 700 kali selain ditampar, diterajang dan ditumbuk di beberapa bahagian badan serta muka apabila gagal mematuhi arahan berkenaan. Kejadian itu berlaku Isnin lalu, kumpulan pelajar terbabit baru pulang ke asrama pada jam 5.30 petang selepas keluar ke pusat beli-belah berhampiran sebelum ditahan tiga guru.

Kemarahan guru terbabit berpunca daripada tindakan kumpulan pelajar berkenaan memuat naik hasil kreativiti mereka selepas selesai menduduki kertas Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Video klip selama tiga minit dua saat yang dimuat naik dalam Youtube pada 5 November lalu itu memaparkan gelagat kumpulan pelajar terbabit melepaskan tekanan masing-masing selepas tamat mengambil kertas berkenaan dengan meniru sebahagian aksi lawak sebuah program realiti televisyen. (myMeto)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu lagi bukti kegagalan sistem pelajaran di Malaysia. Ditambah parah lagi dengan peranan media negara ini yang tidak Islamik dan tidak bermoral. Kerajaan UMNO/BN kini sudah tidak mampu lagi mentadbir negara dan membawa rakyat ke arah kemakmuran di dunia dan di akhirat. Ke arah menjadikan insan profesional yang bertakwa.

Oleh itu pilihlah alternatif baru yang Parti Islam ada di dalamnya. Dalam PRU 13 akan datang pilihlah PAS!

Lihat lagi contoh kegagalan sistem pelajaran di Malaysia.. Dan banyak lagi..
(IH) 

3 comments:

Anonymous said...

Salam. Tarbiah sekolah Pas, bunuh pelajar yang salahlaku? macam tu ke?

'Perlis: Guru ahli PAS bunuh murid 7 tahun'

PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun awlam minggu ini yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat Kangar.'

http://one-kotabelud.blogspot.com/2011/04/perlis-guru-ahli-pas-bunuh-murid-7.html

berlaku adil la saudara. bukan semua kesalahan tu boleh diletakkan kepada parti/kerajaan yang memerintah saja. tapi ianya tanggungjawab semua.

Islam mengajar umatnya supaya berlaku adil dan menjaga silaturrahim selama Islam.

Assalamualaikum.

WokYoh Samad

Anonymous said...

Marah marah je si macai umno/bn ni.

Anonymous said...

Semua yg jadi tu tak ada kena mengena dengan politik
Yang jadi macam tu sebab bodoh
Tak ada asas agama...bila asas agama tak ada...segala cabang2nya semua sesat habis...werk wrk werk wu wu bla bla bla bla....vavi iblis setan barua...terima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails