Sunday, November 18, 2012

Najib & Morsi Gesa Hamas Elak Konflik? Betul Ke?


Isu Gaza: Presiden Mesir hubungi Najib
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menerima panggilan daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi membincangkan serangan terbaru tentera Israel dan serangan udara di Gaza.

Dalam panggilan telefon selama 15 minit itu, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk bekerjasama menamatkan keganasan semasa di Gaza. Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju mendapatkan broker kuasa antarabangsa untuk mempengaruhi Israel menghentikan pencerobohan tenteranya terhadap rakyat  Palestin.

Najib dan Mohamed juga menggesa Hamas untuk mengelak daripada tindakan yang akan meningkat konflik ke dalam konfrontasi lebih besar. Serangan udara Israel sejak tiga hari lalu telah mengorbankan 19 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita mengandung. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah berita ini? Benarkah Najib dan Mohamed juga menggesa Hamas untuk mengelak daripada tindakan yang akan meningkat konflik ke dalam konfrontasi lebih besar? Hamas hanya pertahankan diri...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails