Thursday, November 22, 2012

Gaza: Gencatan Di Kuatkuasa.. Janji Dg Samseng!

Akhirnya Hamas-Israel Sepakat Gencatan Senjata
Relawan di Gaza merayakan gencatan senjata Hamas-Israel sejak Rabu malam tadi
GAZA CITY - Gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia) selepas lapan hari serangan menyasarkan wilayah Gaza, menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.

Gencatan berkuat kuasa 9 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia). Harapan itu menjadi kenyataan semalam selepas 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu. Seramai 13 orang terbunuh semalam, sebelum gencatan dikuatkuasakan.

Konflik di Gaza selepas Israel menembak mati ketua sayap tentera Hamas, Ahmed al-Ja'abari pada 14 November lalu. Beberapa jam sebelum perkembangan itu diumumkan sebuah bas di Tel Aviv letup, menyebabkan lebih 10 penumpang cedera. Persetujuan gencatan ini sebenarnya dijangkakan akan dicapai kelmarin tetapi hanya menjadi kenyataan malam tadi.

Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel. Menteri Luar Mesir, Kamel Amr mengumumkan perkembangan ini pada satu sidang media Kaherah bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton. Clinton turut menyertai perundingan bersama merundingan gencatan senjata.

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menyifatkan tindakan ketenteran Israel telah gagal. Menurut laporan BBC, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Mesir yang menggerakkan usaha ke arah gencatan dan menghentikan konflik terbaru di wilayah Gaza yang ditadbir oleh Hamas. Katanya, perjanjian gencatan senjata memenuhi tuntutan-tuntutan Hamas.

Sehubungan itu katanya, kesemua laluan ke Gaza akan dibuka semula termasuk yang bersempadan dengan Mesir. Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berkata, beliau bersetuju dengan pandangan AS bahawa harus diberi satu peluang untuk melaksanakan syor Mesir dan mewujudkan kestabilan di rantau itu.

Katanya, Israel akan mengambil tindakan tegas jika perjanjian gencatan dicabuli. Clinton dipetik berkata, bagi memastikan perjanjian gencatan senjata menjadi kenyataan, serangan roket dari Gaza mesti dihentikan dan suasana tenang yang menyeluruh mesti diwujudkan kembali. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menyambut baik keputusan ini. Laporan media juga menyebut penduduk Palestin di Gaza menyambut baik perkembangan tersebut.

Di Kairo Gencatan senjata antara Hamas dan Israel untuk mengakhiri pertikaian di Gaza akhirnya terwujud Rabu 21 Sept malam waktu setempat. Beberapa warga Palestin menyambut hasil tersebut dengan turun ke Jalan dan merayakan dengan kembang api dan tembakan senjata ke udara.

"Allahu akbar..Rakyat Gaza kalian menang..kalian menang," pekik Masjid-masjid seantero Gaza seperti dinukil reuters. "Kamu telah mengalahkan arogansi zionis."

Gencatan senjata ini diumumkan oleh Menteri Luar Negeri Mesir Mohamed Kamel Amr yang telah bertemu dengan Menteri Luar Negeri AS Hillary Clinton dengan Presiden Mesir Mohamed Mursi sebagai mediator.

Aljazirah melaporkan setelah diberlakukannya gencatan senjata, Israel harus menghentikan semua agresi terhadap Gaza dari darat, laut dan udara.  Termasuk membuka lalu lintas perbatasan secara bebas untuk memberikan keleluasaan keluar masuknya bantuan dan warga.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Berjanji dengan samseng atau pengganas. Dia menyerang, dia berhenti, dia umum gemcatan senjata. Boleh percaya ke?

2 comments:

Unknown said...

sekejap je diorg ni..

McD Malaysia VS McD Luar Negara

Anonymous said...

Zionist tgh amik masa nak buat issue baru pulak tu. Gencatan ni kejap je rasanya.


-pakli-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails