Thursday, April 26, 2012

Tahniah! 2 Remaja Buat Kertas Dari Lalang.


NUR SYAFIQAH (kanan) dan Noor Fatin menunjukkan produk kertas mesra alam yang diperbuat daripada lalang di MRSM Kuantan semalam

JOM KREATIF

KUANTAN: Tahniah kepada 2 remaja yang kreatif dari weblog Ibnu Hasyim. Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Nur Syafiqah Mohd. Azhar, 17, dan Noor Fatin Zulkifli, 17, mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas menerusi produk kertas mesra alam daripada lalang di Geneva Palexpo Exhibitions and Inventions, Switzerland pada 18 hingga 22 April lepas.

Pengetua MRSM itu, Khalil Ab Rahman berkata, kejayaan kali pertama MRSM Kuantan merangkul pingat emas pada pertandingan antarabangsa itu diharap dapat dijadikan contoh buat pelajar MRSM dan golongan muda yang lain.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak Mara untuk mendapatkan hak paten produk yang dihasilkan pelajar-pelajar berkenaan dan seterusnya mengkomersialkan produk itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Guru pembimbing, Latifah Shukri ketika ditemui pemberita berkata, pelajarnya mengambil masa kurang daripada enam bulan bagi menjalankan kajian dan menghasilkan kertas yang diperbuat daripada lalang itu.

“Kertas ini sangat mesra alam kerana ia bukan sahaja boleh reput dalam masa dua minggu, malah jika ia dijadikan sebagai bekas makanan, ia boleh digunakan sebanyak tiga kali. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

1 comment:

Anonymous said...

Kalau macam tu, tak bolehlah nak buat nota atas kertas ni sebabnya nanti dia reput..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails