Thursday, April 26, 2012

Artis Rahman Hassan, Hail Amir Di K'tan 28 Apr

Antara artis 60an pop yeh yeh..
HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU: Kepada peminat artis 60-an dan 70-an, jangan lepaskan peluang untuk bersama Datuk A.Rahman Hassan dan Hail Amir pada 28 April ini.

Program yang akan diadakan pukul 9.00 malam itu akan diadakan di Dataran Stadium sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) menerusi slot Irama Klasik Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Sabri Yunus dan Halim Yazid juga akan membuat program hari akhir pada Isnin ini.

Selain itu, katanya Karnival Seni Budaya Kelantan bermula 26 hingga 30 April ini dengan pengisian beberapa program menarik seperti dikir barat bukan Kelantan.

Menurutnya ia diadakan antara negeri-negeri malah peserta dikir barat dari Kelantan tidak boleh menyertai pertandingan ini.

“Saya difahamkan setakat ini enam buah negeri telah bersetuju untuk menyertainya,” ujarnya.

Selain itu katanya, pertandingan dam aji juga akan diandakan antara Kelantan dan Terengganu, masing-masing dengan penyertaan 120 orang simbolik kepada TMK@12 pada 28 April ini bermula 9.00 pagi.

“Pada hari itu juga akan diadakan gerak pesilat seramai 2,012 orang peserta pada sebelah petangnya bersama pemimpin kerajaan negeri,” ujarnya.

Sambungnya lagi, pada 27 dan 28 April pula akan diadakan pameran kucing cantik anjuran bersama TIC dan Persatuan Kucing Malaysia di Gelanggang Seni. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails