Thursday, April 26, 2012

O/China Dilarang Bersalin Di H/Kong, Mengapa?

HOSPITAL Hong Kong akan menyekat layanan bersalin bagi wanita hamil dari negara China mulai tahun 2013. Larangan ini berlaku bagi seluruh wanita hamil asal China, kecuali bagi mereka yang memiliki suami asal Hong Kong.

Usul ini sudah disepakati oleh hospital umum pemerintah mahupun swasta. Penerapan larangan ini dilakukan kerana meningkatnya angka kelahiran para pelancong China di Hong Kong atau biasa disebut birth tourism yang telah menyebabkan ketegangan.

Seperti dilapor BBC, Rabu, 25 April 2012, pemerintah Hong Kong mengungkapkan, hampir setengah dari semua bayi yang lahir pada 2010 merupakan anak dari pasangan asal China. Pasangan China itu sengaja memilih rumah sakit Hong Kong sebagai tempat kelahiran bayi mereka agar bayinya diakui sebagai warga negara.

Chief Executive, CY Leung, mengatakan telah membuat proposal larangan kelahiran bayi asal China tersebut. Dalam proposal itu disebutkan bahawa wanita hamil asal China tidak diperkenankan mendapat layanan kebidanan mulai tahun depan, kecuali suami mereka adalah penduduk Hong Kong.

Usulan ini kemudian disambut baik masyarakat Hong Kong dan mendadak jadi populer.

Mengapa?

Seperti diketahui bayi asal China lahir di Hong Kong saat ini secara otomatik menerima hak hidup dan mendapat pekerjaan, serta hak memiliki pasport Hong Kong. Fasiliti ini membuat perjalanan internasional jadi lebih mudah.

Pasangan asal China juga memilih Hong Kong sebagai jalan menghindari helah pemerintah China mengenakan hukuman denda bagi warganya yang memiliki anak lebih dari satu. Hal ini dilakukan kerana jumlah penduduknya meningkat drastik tiap tahun.

Ketua Asosiasi Hospital Hong Kong, Alan Lau, mengatakan awalnya banyak hospital swasta yang menentang rencana ini, kerana dapat menurunkan pendapatan hospital dan melanggar etika profesyen kedoktoran.

Namun akhirnya kini semua pengelola hospital telah sepakat menolak memberi pelayanan kebidanan pada wanita hamil asal China. Apalagi dalam beberapa bulan terakhir, masyarakat Hong Kong semakin menyerukan anti-China atas kebencian mereka pada fenomena tourism birth. Mereka kecewa kerana pelancong China mendapat layanan istimewa di hospital Hong Kong. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails