Tuesday, April 24, 2012

Perancis: Pembangkang Tewaskan Penyandang.

Hollande tewaskan Sarkozy


SARKOZY (kiri) berdiri di tepi pintu sebuah kereta di luar ibu pejabat partinya di Paris semalam.

PARIS: Calon parti Sosialis, Francois Hollande disahkan sebagai pemenang dalam pusingan pertama pilihan raya Presiden Perancis.

Dalam pilihan raya itu yang diadakan kelmarin, Hollande daripada parti Sosialis menang 28.63 peratus undi berbanding penyandang jawatan, Nicolas Sarkozy dengan 17.94 peratus.

Keputusan itu diumumkan Kementerian Dalam Negeri semalam.

Pemimpin parti Barisan Kebangsaan, Marine Le Pen menduduki tempat ketiga dengan 17.9 peratus undi. Tempat keempat dibolot oleh Jean-Luc Melenchon daripada Barisan Kiri dengan undi 11.11 peratus undi.

Beliau mengatasi calon MoDem, Francois Bayrou yang memperoleh 9.13 peratus undi. Sebanyak 79.47 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, hampir seorang daripada lima pengundi memilih Le Pen.

Pusingan kedua pilihan raya akan diadakan pada 6 Mei ini.

Hollande kekal sebagai calon kegemaran untuk menang pilihan raya ini selepas mengalahkan Sarkozy daripada parti UMP dalam pusingan pertama. Jika Hollande memenangi pusingan kedua, beliau akan menjadi presiden Perancis pertama daripada parti Sosialis sejak tahun 1995.

Pemilihan beliau juga boleh mengubah politik dan lanskap ekonomi Eropah. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails