Friday, April 27, 2012

Rumah Ini, Atas Pokok Tertinggi Didunia.

JOM KREATIF

RUMAH di atas pokok dilaporkan paling tinggi di dunia ini, terletak di Crossville, Tennessee, Amerika Syarikat. Pemiliknya keluarga Robinson, Horace Burgess, berkata dia mengambil masa 11 tahun untuk menyiapkan ran gergasi ini.


Menurut Burgess, yang menghuni rumah kayu 10 tingkat itu, dia mula membinanya pada 1933 selepas mendapat ilham daripada satu kuasa ghaib yang memberitahunya, dia tidak akan keputusan bahan jika membina rumah itu.

Ran gergasi itu mempunyai keluasan 3,500 meter persegi tetapi dia hanya membelanjakan AS$12,000 (RM36,000) kerana sikap jimat cermatnya yang menggunakan bahan kitar semula.


Di dalamnya ada tangga berpusing, tempat perlindungan, pentas koir, gelanggang bola keranjang, bilik yang tidak terkira banyaknya, laluan dan balkoni.

Katanya: “Rumah di atas pokok ini sungguh menakjubkan. Anda tidak akan dapat menghargai kebesaran rumah itu kecuali anda berdiri di sebelahnya. Ia sungguh besar.

“Saya diberitahu, keseluruhan rumah itu hanya disokong oleh enam pokok dan Burgess menggunakan 258,000 paku saja untuk membinanya.

“Ia pasti menjadi impian setiap kanak-kanak. Malah, orang tua seperti saya juga seronok untuk masuk ke dalamnya.”




(IH/Pelbagai sumber)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails