Tuesday, April 24, 2012

5,000 Himpun Bantah Rampasan Tanah T'ganu

Antara kira-kira 5,000 yang berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu hari ini

K/TERENGGANU: Lebih 5,000 rakyat Terengganu bersama mangsa perampasan tanah oleh kerajaan negeri berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman hari ini.

Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri di lima tempat berasingan di seluruh negeri.

Tempat-tempat itu adalah 1) tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun, 2) tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu, 3) tanah petani di Kampung Jelapang, Langkap, 4) tanah peneroka jenerasi kedua di Paka, Dungun dan 5)tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu.

Satu memorandum kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Terengganu.

Kesemua pemilik asal tanah ini diiringi oleh pimpinan PAS Terengganu yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Abdul Wahid Endut.

Turut serta adalah semua Adun PAS Terengganu yang kebetulan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Turut serta adalah pimpinan PAS Terengganu iaitu Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid di samping Yahya Ali dan Syukrimun Shamsudin. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails