Thursday, April 26, 2012

Filem Silat Tembusi Pasaran AS

SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Raid: Redemption.

HALAMAN HIBURAN

JAKARTA – Sebuah filem tentang silat dari Indonesia, The Raid: Redemption menjadi filem pertama negara itu menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), malah turut menerima pujian pada beberapa festival filem antarabangsa.

Kini, pengarahnya, Gareth Evans berharap kejayaan filem tersebut akan memberi nafas ke atas seni mempertahankan diri itu.

Filem The Raid: Redemption mula ditayangkan di seluruh dunia pada 28 Mac lalu dan berada di tempat ke-11 dalam carta pecah panggung AS bermula April ini.

Sejumlah dua juta penonton menyaksikan filem itu di AS.

Karya tersebut mencipta rekod filem tempatan apabila memperoleh kutipan pecah panggung tempatan dan ditonton lebih sejuta penonton Indonesia.

“Ia sebuah filem yang boleh membantu mempromosikan silat di seluruh dunia.

“Justeru, jika penonton filem ini dari AS, United Kingdom atau Perancis atau dari mana sahaja tiba-tiba ingin mempelajari tentang silat, kami berjaya melakukannya,” kata Evans, seorang pengarah dari Wales.

Dia mengarahkan filem tersebut selepas jatuh cinta dengan seni silat beberapa tahun lalu.

Filem The Raid: Redemption mengisahkan tentang sekumpulan anggota unit khas Indonesia yang dihantar untuk menumpaskan penjenayah yang tinggal dan bekerja dalam satu blok bangunan.

Antara pelakonnya ialah, guru dan bekas juara silat, Iko Uwais dan seorang pengadil silat antarabangsa, Yayah Ruhiyan.

Filem yang dihasilkan dalam tempoh tiga bulan menelan belanja AS$1 juta (RM3 juta).

Hampir 90 peratus penggambaran dilakukan dalam bangunan.

Ia mendapat ulasan hebat daripada pengkritik-pengkritik antarabangsa termasuk pada Festival Filem Toronto. – Reuters

1 comment:

Anonymous said...

cam best jer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails