 KL 23 Apr 12: Menteri  pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk  mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan  dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon  wanita terkenal Zahida Rafik.
KL 23 Apr 12: Menteri  pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk  mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan  dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon  wanita terkenal Zahida Rafik."Saya bersedia mengambil tindakan  undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan  mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.
Beliau  turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu  laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin.
"Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan  iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan  adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri  berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini.

Zuraida  mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama  Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis  itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang  sebanyak RM200,000.
Saudara lelaki itu dikatakan memberikan  salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang  kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen  dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Pelakon berkenaan, Zahida yang tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan. (MK)
 
 

No comments:
Post a Comment