Sunday, April 22, 2012

Bob Kuman, Mari Sama2 Doa Kesembuhannya..

Saya masih hidup - Bob Kuman


BOB KUMAN menunjukkan bukti dia masih hidup ketika ditemui di rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA : Berita kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman yang tersiar di laman sosial dan Twitter semalam ternyata khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 41, ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara di sini semalam berasa sedih dan kesal dengan penyebaran berita tersebut.

"Saya sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada saya.

"Kepada para peminat, jangan cepat percaya kepada khabar angin dan doakan saya agar cepat sembuh," katanya yang mempunyai berat badan 219 kilogram.

Dia kini masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana paru-parunya berair.

Sementara itu, pembantu perubatannya, Mohd. Farid Hamzah berkata, Bob dijangka pulih dalam tempoh sebulan lagi.

"Buat masa ini, dia tidak boleh mengambil makanan berkanji seperti nasi serta perlu minum banyak air. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita sama-sama doakan kesembuhan belaiu. Amin..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails