Saturday, April 28, 2012

Bersih: Polis Tembak Gas, Kanak-kanak Jadi Mangsa




(Wajah-wajah pedih selepas terkena gas pemedih mata di Jalan Raja Laut)

KL: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di persekitaran Dataran Merdeka.

Sebahagian mereka merempuh tembok yang dibina oleh DBKL bagi melindunginya dari dimasuki orang ramai.


(Berkongsi garam di dalam masjid India selepas terkena gas pemedih mata)


Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.


(Orang ramai memenuhi jalan belakang sebelah Jalan Raja Laut selepas kawasan itu ditembak dengan gas pemedih mata)

Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat. Hanya wartawan dan jurugambar sahaja yang dibenarkan melalui sekatan mereka.

Polis mula membunyikan locing amaran kira-kira jam 3 petang diikuti dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Ada juga yang ditangkap termasuk ahli DAP dari Cheras, Mr Liu Yang, kata anggita Parlimen, Lim Lip Eng menerusi twitternya. Menurut salah seorang peserta itu, Syed Marwan melaporkan, dia baru saja terkena gas pemedih mata.


(Kiri: Terpaksa berlindung selepas ditembak dengan gas pemedih mata. 

Kanan: Gas ditembak)

"Baru terkena gas pemedih mata,  Perit. Sakit. Ada yang pengsan. Moga Allah balas perbuatan zalim mereka," tulis beliau menerusi twitter.

Ada juga mangsa yang terkena gas terpaksa mencari perlindungan di kedai-kedai berhampiran dengan tempat kejadian. Mereka yang pengsan akibat terhidu gas juga dibawa berlindung di situ. Begitu menurut sumber Harakah.
Sementara itu, disekitar pusat beli-belah Sogo, seorang pengurus syarikat sebuah majalah agama telah dihubungi Weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi memberitahu bahawa beliau, keluarga dan anak-anaknya juga ditembak gas pemedih mata.
"Sakit.. aku tak tahan, anak-anakku menangis.." Kata Mohd Shukri pengurus pemasaran majalah Era Muslimah, Dian dan lain-lain.

Khabar-khabar disekitar itu bertiup kencang mengatakan seorang lelaki berumur, bangsa Cina dikatakan telah meninggal dunia kerana kesesakan nafas dalam perjalanan ke hospital. (IH)

1 comment:

goodlistener said...

KATA NAK DUDUK BODOH JE TAPI TAK NAMPAK SEORG PUN DUDUK..NAK TAHU SEBAB APA TAK SEORG PUN DUDUK SEBAB DEPA SEMUA BERUK TAK FAHAM BAHASA...BERUK KATAKAN....MAAF KALAU TERKASAR BAHASA SEBAB BERUK TAK FAHAM BAHASA ... JADI TAK APA NO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails